Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Tuesday, November 17, 2009

Teknik Baru Perompak Mesin ATM

Perompak mesin ATM sekarang mempunyai teknik baru untuk menjalankan aktiviti merompak. Berhati-hatilah ketika memasuki kiosk ATM terutama nya diwaktu awal pagi dan malam. Beberapa kes rompakan telah dilapurkan melibatkan teknik terbaru ini. Di Johor seorang pelanggan ATM telah dirompak oleh sekumpulan lelaki sejurus selepas beliau memasukan kad ATM nya kedalam mesin ATM. Salah seorang perompak berpura-pura menjatuhkan sesuatu berhampiran dengan mangsa. Apabila mangsa tunduk untuk menolong beliau dipukul oleh ahli-ahli kumpulan yang lain semasa kad ATM nya masih berada didalam mesin ATM. The rest was history.

Kesimpulan nya ketika hendak berurusan di ATM:
  • Berurusan lah di siang hari
  • Kalau boleh..bawa kawan
  • Jika dah tak bernasib baik..berikan saja wang kepada perompak..jangan cuba nak melawan
  • Jangan tergopoh-gapah pergi ke mesin ATM di lokasi yang anda tidak biasa. Tinjau persekitaran dan pastikan anda berada di kawasan yang selamat.
  • Sebaik-baiknya, gunakan ATM yang terletak di kawasan yang diterangi cahaya dan berada di kawasan yang sibuk, seperti berhampiran jalan utama di mana terdapat ramai pejalan kaki dan kenderaan adalah banyak.
  • Sekiranya anda mengesyaki seseorang yang berhampiran, elakkan daripada terus menggunakan mesin ATM tersebut.
  • Lindungi skrin ATM semasa memasukkan nombor PIN dengan badan. Perompak mungkin boleh membaca pergerakan tangan atau jari anda.
  • Jika anda rasa diri anda diekori selepas mengeluarkan wang, cuba camkan orang atau kenderaan tersebut dan teruskan perjalanan anda ke tempat yang terang atau dikunjungi orang ramai, atau pergilah ke balai polis berhampiran.

Sekian dulu buat masa kini dan jagalah diri anda baik-baik. Wassalam.

Biro Komunikasi Jaringan Komuniti Islam Bandar Sri Damansara

No comments:

Post a Comment