Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Wednesday, September 30, 2009

Petua Dari PDRM

Salam.

Dalam usaha untuk menghalang pelbagai gejala jenayah seperti kecurian, rogol, ragut, dan sebagainya dari berlaku dikawasan kediaman kita marilah kita sama-sama renungkan cadangan yang diberikan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.
14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pakerja asing.

Tolong berjaga-jaga dan jangan beri peluang untuk si penjenayah bermaharajalela. Sekiranya berlaku sebarang pencerobohan terhadap tn/pn sila buat lapuran polis secepat mungkin dan lapurkan kepada pihak Jaringan juga supaya dapat kami simpan didalam rekod.

Sekian. Wassalam.

Biro Komunikasi
Jaringan Komuniti Islam
Pencetus Kesatuan Ummah

http://jkibsd.blogspot.com
Email: jkibsd@yahoo.com

Sunday, September 13, 2009

FACEBOOK...behind the scene


Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008', iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?

Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya. 2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti... 3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional. 4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya . 5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel 6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life . Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

p/s- Artikel Mark Zuckerberg dan Facebook di ambil dari sejarah2u.blogspot.com

Consumer Product Awareness - Talcum Powder


Klik gambar untuk dibesarkan Click on image to enlarge

Tuesday, September 8, 2009

Segalanya Kerana Niat

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Menjelang ramadhan setiap kita berusaha meningkatkan pembersihan jiwanya. Mendekatkan diri kepada Allah. Mengakui sesuatu yang benar itu benar sekalipun ia menyanggahi kepentingan dan kehendak diri kita. Mengakui yang salah itu salah, sekalipun kita sudah terbabit dengan yang salah tersebut.

Ini bukan sesuatu yang mudah, ia memerlukan kekentalan jiwa yang dibina di atas niat yang ikhlas dalam perjuangan hidup di atas muka bumi ini. Hidup yang berteraskan keyakinan bahawa setiap kita akan mengadap Allah s.w.t, dan Dia menghisab segala amalan baik dan buruk yang telah kita lakukan.

Perjalanan hidup insan sebenarnya mewakili apa yang tersirat dalam jantung hati, atau niatnya. Perbuatan yang dilakukan dengan rela dan pilihan sendiri adalah tafsiran kepada niat, kefahaman dan tujuan hidup seseorang insan. Tidak lebih daripada itu. Bahkan apa yang dirancang, keinginan, harapan yang akhirnya menjelma dalam bentuk tindakan, berpunca dari niat.

Justeru dalam hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Salah Faham

Sebelum kita tersilap faham, niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat sekian dan sekian..”. Sama sekali tidak. Itu hanyalah ucapan lidah, belum tentu mewakili tujuan sebenar. Niat juga bukan perkataan yang di atur dalam minda yang menyebab ramai orang yang tidak faham berulang kali kononnya melafazkan ‘niat’, sehingga terganggu solat, puasa, iktikaf dan seumpamanya.

Niat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalamnya merangkumi segala yang tersirat di sebalik sesuatu perbuatan. Tepat bak kata tokoh ilmuwan terkenal al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):

“Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali. Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was. Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya. Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat. Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan. Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat. Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu. Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu. Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?. Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin. Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?! Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat zohor. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat zohor bersama imam. Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin” (Ibn Qayyim, Ighathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, halaman 144).

Dr Yusuf al-Qaradawi pula menyebut:

Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam ibadah itu mudah, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was” (http//:qaradawi.net).

Salah Niat

Penegasan niat sering kita sebutkan apabila hendak solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah khusus yang lain. Malangnya, itu pun dengan konsep yang ‘silap’ seperti yang dijelaskan oleh dua tokoh ilmuwan di atas. Sehingga ada yang mempersendakan konsep niat dengan membuat ungkapan-ungkapan yang kononnya mewakili niat, walaupun ada maksud tersirat yang lain.
Berapa banyak operasi kewangan yang menggunakan nama ‘Islam’ dengan berbagai lafaz ketika akad, tetapi maksud yang tersirat berbeza dengan lafaz di lidah. Maka berbagai keuntungan yang sebahagiannya mempunyai unsur penindasan dan kesamaran dibuat atas nama Islam dengan kata-kata yang indah, walaupun niat sebenar amat berbeza. Sebabnya? Orang kita faham niat itu bermaksud lafaz.

Maka niat atau hasratlah yang tersirat di sebalik setiap tindakan. Kita diperintahkan untuk mengikhlas niat kerana Allah dalam ibadah. Membetulkan tujuan setiap tindakan. Inilah yang menjadi antara tujuan utama pendidikan Ramadan. Justeru itu Nabi s.a.w menyebut dalam hadis qudsi:

“Semua amalan anak Adam untuknya, melainkan puasa. Ianya untukKu dan hanya Aku yang membalasnya” (Riwayat al-Bukhari).

Puasa adalah manifestasi keikhlasan yang ada dalam jiwa. Tiada siapa yang boleh tahu seseorang benar-benar puasa atau menipu melainkan Allah. Puasa bukan pergerakan jasad yang boleh dilihat, tetapi pengawalan dalaman diri yang hanya diketahui oleh Allah.

Jika ruh puasa dibawa dalam kehidupan, maka pasti banyak masalah umat Islam hari ini dapat diselesaikan. Umat kita hari ini fakir dan miskin ‘niat yang ikhlas’ dalam banyak keadaan. Walaupun niat tidak dapat kita lihat, namun sebahagian besar tindakan dan perbuatan insan mampu memberikan tanda atau menafsirkan niat yang tersirat.

Kita kemarau keikhlasan dalam ilmu, pergaulan, persaudaraan, politik, muamalat dan berbagai cabang kehidupan. Inilah krisis kita. Setiap kita, termasuklah yang menduduki tempat yang penting dalam masyarakat menyimpan niat yang berbagai. Politik umpamanya, sepatutnya setiap individu yang terlibat dalamnya, mengikhlaskan niat kerana Allah, dengan itu maka semua tindakannya dipastikan memenuhi tuntutan keperluan umat dan rakyat.

Namun, apabila ahli-ahli politik muslim menempatkan niat yang lain, maka tujuan politik yang sepatutnya menuju kepada kepentingan umat dan rakyat bertukar menjadi agenda parti atau peribadi yang akhirnya menyusahkan rakyat. Demikian juga urusan agama, sepatutnya ilmu Islam itu membimbing manusia memahami kehendak al-Quran dan Sunnah, tapi telah dijadikan agenda peribadi untuk mengaut untung, atau perniagaan, atau kuasa atau seumpamanya, akhir agama menjadi alat pencapai matlamat peribadi dan kumpulan. Maka, politik tidak mengenai tujuan, urusan agama pun tidak mencapai matlamat.

Hari ini kita melihat banyak pihak yang seruannya indah, bahkan sebahagian menggunakan nama Islam, tetapi jalan dan tindakannya amat berbeza dengan ajaran Islam. Apa sebabnya? Semuanya kerana niat. Slogan memang cantik, ramai yang boleh buat dan ada-adakan, namun niat siapa yang tahu?

Monday, September 7, 2009

Perihal Azan

Azan (أَذَان) adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat. Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu. Hukum melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu fardu kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka. Dalil bagi azan Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak menyatakan melaungkan azan mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar.

Dalil daripada al-Qur’an ialah firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang..." (Surah al-Ma'idah, ayat 58).

Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadis. Antaranya ialah sebuah hadis yang bermaksud: "Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Asal usul azan Dari Abdullah bin Umar katanya: Adalah kaum muslimin ketika baru sampai di kota Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu. Pada suatu hari mereka itu bermesyuarat tentang cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng seperti Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi. Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a., "Bukankah lebih baik menyuruh seseorang meneriakkan atau memberitahukan waktu sembahyang?" Bersabda Rasulullah SAW: "Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang bersembahyang." (Hadis Riwayat Muslim).

Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah. Ketika orang-orang Islam masih sedikit jumlahnya, kesulitan tidak timbul untuk mereka berkumpul bersama-sama bagi menunaikan solat secara berjemaah. Namun semakin hari semakin banyak bilangan orang-orang Islam sehingga timbullah masalah untuk memanggil atau mengingatkan mereka untuk menunaikan solat pada waktunya. Al maklum setiap orang mempunyai potensi terhadap kealpaan ataupun kelalaian pada diri masing-masing disebabkan oleh berbagai-bagai urusan kehidupan yang dijalani mereka. Oleh sebab itu wujudlah mesyuarat yang membincangkan tentang keperluan bagaimana cara yang harus dilakukan untuk mengingat dan memanggil semua orang untuk solat tepat pada waktunya. Ada banyak cadangan yang diusulkan seperti yang diceritakan di dalam hadis. Salah satu daripada usul itu datang dari Umar r.a. yang mencadangkan agar ditunjuk seseorang yang bertindak sebagai pemanggil kaum Muslim untuk solat pada setiap masuknya waktu solat. Saranan ini kebanyakannya dipersetujui oleh semua orang, termasuk Rasulullah SAW memandangkan banyak cadangan-cadangan yang lain lebih mirip kepada kaum kafir. Namun yang menjadi persoalannya kini ialah bagaimana perlaksanaannya? Abu Dawud mengisahkan bahawa Abdullah bin Zaid r.a. meriwayatkan: "Ketika cara memanggil kaum Muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidur aku bermimpi melihat ada seseorang sedang memegang sebuah loceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepada aku saja. Orang tersebut malah bertanya, "Untuk apa? Aku menjawabnya, "Bahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum Muslimin untuk menunaikan solat." Orang itu berkata lagi, "Adakah kau mahu jika ku ajarkan cara yang lebih baik?" Dan aku menjawab, " Ya!" Lalu dia berkata lagi, dan kali ini dengan suara yang amat lantang, "Allahu Akbar, Allahu Akbar...." Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Rasulullah SAW dan menceritakan perihal mimpi itu kepada baginda. Dan baginda bersabda: "Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah di samping Bilal dan ajarkan dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang." Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal. "Rupanya, mimpi yang serupa dialami pula oleh Umar r.a, beliau juga menceritakannya kepada Rasulullah SAW. Baginda bersyukur kepada Allah SWT di atas semua petunjuk tersebut. Cara Azan Yang Dilakukan Oleh Muazzin (bilal) Daripada Abu Juhaifah r.a. katanya, "Aku telah melihat Bilal sedang Azan dan aku memerhatikan mulutnya, kepalanya kekanan dan kekiri dan dua jarinya didalam telinganya." Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Tarmizi, beliau menganggap hadis ini panjang. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah pula menyebut, "meletakkan dua jarinya ke dalam dua telinganya.” Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud menyebut, “(Bilal) telah memalingkan tengkuknya ketika menyebut “Haiya alassolah” ke kanan dan ke kiri, tanpa berpusing badannya.” Asal hadis ini di dalam soheh al-Bukhari dan soheh Muslim. Dan daripada Abu Mahzurah r.a. bahawa Nabi SAW perkenan suaranya lalu diajarkan Azan kepadanya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Huraian:
Setiap umat Islam dikehendaki mengambil berat didalam melakukan amal ibadatnya termasuklah ibadat sembahyang.

Sunat bagi tukang azan meletakkan dua jarinya kedalam dua telinganya supaya suaranya lebih nyaring.

Sunat juga ia memalingkan kepalanya kekanan dan kekiri ketika menyebut “Haiyya alassolah” dan “Haiyya alalfalah”

Makruh bagi tukang azan memalingkan badannya sekali ketika sedang berazan.
Harus bagi imam memberi upah kepada tukang azan dari wang Baitul Mal atau dari ahli mukim atau dari pihak yang berkuasa. Kerana khidmatnya memanggil orang untuk melakukan solat.

Adab dan Tertib Azan

Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tauhid hanya sekali sahaja. Sila rujuk [Azan dan Iqamat: wikipedia.org] cara-cara azan. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja untuk semua kariah, dan tidak boleh dibuat berulang kali untuk kariah yang sama. Azan hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Arab.

Azan dilaungkan ketika masuk waktu solat melainkan pada waktu Subuh. Waktu Subuh mempunyai dua azan di mana Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam untuk memberitahu Muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir. Azan kedua dikumandangkan ketika masuk waktu Subuh.

Untuk solat Jumaat, azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama untuk menandakan masuk waktu Zuhur untuk memanggil orang-orang Muslim ke masjid dan kali kedua dikumandangkan sejurus sebelum Imam memulakan khutbah Jumaat. Iqamat dilafazkan selepas imam selesai membaca khutbah, dan sebelum imam mengangkat Takbir Jumaat.

Sunat Azan

Orang yang melaungkan azan (muazzin) mestilah suci daripada hadas kecil, hadas besar dan najis. Beliau juga hendaklah menghadap kiblat ketika mengumandangkan azan. Azan sunat dilafazkan oleh muazzin yang baik dan merdu suaranya serta nyaring. Azan hendaklah dinyaringkan biarpun didengar oleh salah seorang daripada jemaah ketika sembahyang berjemaah. Sekiranya tidak menggunakan pembesar suara, azan hendaklah dilaungkan di tempat yang tinggi. Penggunaan pembesar suara di merata tempat memaafkan perbuatan ini. Azan juga sunat dilakukan berdiri kecuali jika ada uzur.

Ketika muazzin membaca “hayya 'ala as-salah”, muazzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya 'ala al-falah” menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri. Juga disunatkan melakukan tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah syahadah secara senyap sebelum dinyaringkan.

Disunatkan juga muazzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya dengan tujuan untuk meninggikan suara. Muazzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz “hayya 'ala as-salah” dan “hayya 'ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.

Azan itu hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara lafaz azan dan Iqamat.

Syaitan Lari!

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w bersabda: "Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang belum kamu ingat!" Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Syaitan berada di mana-mana. Oleh kerana itu pohonlah perlindungan dengan berzikir atau membaca ayat-ayat al-Qur’an. Dalam menghadapi keadaan-keadaan yang membahayakan, mencemaskan atau menakutkan, malah dalam keadaan biasa sekalipun pun, eloklah kita mengamalkan amalan-amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, contohnya, dalam waktu kecemasan seperti kebakaran, azan dan takbir amat sesuai dilaungkan di samping ayat-ayat atau zikir-zikir pendek.

Selain itu untuk berlindung daripada syaitan juga kita dikehendaki melaungkan azan dan iqamah ke telinga bayi yang baru lahir. Sesungguhnya syaitan itu tidak lain melainkan sentiasa ingin menggoda manusia dengan apa cara sekalipun hatta di dalam solat supaya manusia lalai daripada mengingati Allah dan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kebinasaan pada dirinya. Sebab itulah Rasulullah menyuruh kita mengamalkan berbagai bacaan doa sama ada ketika makan, ingin memasuki tandas, keluar tandas, memasuki rumah memakai pakaian, tidur, membawa kenderaan dan sebagainya. Maka apabila manusia terlindung dengan doa yang dibacanya itu akan terlepaslah peluang syaitan untuk merosakkan manusia.

Menjawab azan

Menjawab azan hukumnya sunat. Ini berdasarkan dalil (dengan satu perbuatan Nabi SAW), ketika mana baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda, "(kamu berada) atas Fitrah." Ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda, "Kamu selamat daripada neraka." (Hadis Riwayat Muslim).

Jumhur Ulama berkata, "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi SAW akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahut azan seperti laungan muazzin) menjadi tanda bahawasanya arahan (menjawab azan seperti hadis dari Abi Sa'id) menunjukkan kepada istihab (sunat)..." [As-Sana'ani, Subulus Salam. jld. 1, ms. 428]

Dari 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu mendengar muadzin menyerukan azan, maka ucapkan pula apa yang dibaca muadzin itu. Kemudian bacalah salawat untukku, kerana sesungguhnya orang yang bersalawat bagiku, Allah memberi berkat kepadanya sepuluh kali. Sesudah itu mohonkanlah bagiku kepada Allah 'Alwasilah', iaitu suatu tempat di syurga yang hanya akan ditempati oleh seorang hamba Allah. Aku berharap, akulah yang akan menempatinya. Maka siapa yang memintakan 'Alwasilah' itu untukku, dia akan beroleh syafa'at (pembelaan) dariku." (Hadis Sahih riwayat Muslim)

Dari Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang mendengar muadzin menyerukan azan, lalu dia mengucapkan: 'Asyhadu alla ilaaha illallah wahdahu lasyarikalah, wa anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluhu, radhitu billahi rabban, wa bi Muhammadin rasulan, wa bil Islami dinan' (Aku mengaku tidak ada Tuhan selain Allah, satu-satunya-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya dan bahwa Muhammad hamba-Nya dan Rasul-Nya aku suka Allah menjadi tuhanku, Muhammad sebagai Rasul dan Islam jadi agamaku) maka diampuni Allah dosa-dosanya." (Hadis Sahih riwayat Muslim)

Doa selepas Azan

Setelah selesai azan, doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain yang mendengar azan: "Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan." (Allahumma rabba hadhi-hid da'wa-tit-tamma wa-salatil qae-ma)اللهم رب

هذه الدعوة التامة والصلاة القائمة

Berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan (Ati muhammadanil wasilata wal fadeela)

آت محمداً الوسيلة و الفضيلة

Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya (Wab ath-hu maqamam-mahmuda-nil ladhi wa at-ta)

وابعثه مقاماً محموداً الذي وعدته
(Hadis riwayat Bukhari)

Lafaz azan ketika hari hujan

Ketika hari hujan (sekalipun tidak begitu lebat), azan yang dilaungkan agak berlainan sedikit daripada biasa. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh 'Abdullah bin ‘Abbas r.a., katanya: "Ketika hari hujan, dia memerintahkan kepada muadzinnya sesudah membaca "Asyhadu anla ilaha illallah asyhadu anna Muhamadar Rasulullah" jangan baca "Hayya 'alash shalah" tetapi membaca: "Shallu fi buyutikum" (Silakan solat di rumah masing-masing). Mendengar bacaan itu, orang ramai menyalahkannya." Kata Ibnu 'Abbas, "Mengapa anda sekalian menyalahkannya? Orang yang lebih baik daripadaku (yakni Rasulullah SAW) bahkan melakukannya. Berjama'ah memang penting. Tetapi aku tidak ingin memaksa kamu sekalian berjalan di tanah becak dan licin." (Hadis sahih riwayat Muslim)

Muadzdzin yang berazan di masjid disyariatkan untuk memberikan tambahan lafadz di dalam azannya dengan ungkapan; Shallû fî Rihâlikum (solatlah di tempat-tempat kalian) atau Ash-Shalâtu fir Rihâl (shalatlah di tempat-tempat) atau Shallû fi Buyûtikum (solatlah di rumah-rumah kalian).Ungkapan atau tambahan; ‘Shallû fi Rihâlikum’ (terdapat di dalam riwayat Al-Bukhari no 632, no 666 dan Ibnu Mâjah no 938). ‘Shallû fi Buyûtikum (terdapat di dalam riwayat Al-Bukhari no 901 dan Muslim no 699), sedang ‘Shallû fir Rihâl’ (terdapat didalam riwayat Al-Bukhari no 616).Yang dimaksud dengan kata: ‘rihâl’ adalah tempat berteduh baik yang terbuat dari batu, tanah liat, kayu, kulit kambing atau kulit unta dan lain-lain. Bentuk tunggalnya adalah rahl. (Ensiklopedi Tarjih oleh Dr. Bazmûl h. 213)

Letak lafaz-lafaz tambahan di atas dibaca pada salah satu di antara tiga posisi berikut ini:

Menggantikan tempat kalimat ‘hayya ‘alash shalâh’. Dalam artian, lafaz ‘hayya ‘alash shalâh’ dihapus dan digantikan dengan lafadz tambahan diatas. Hal ini disandarkan pada hadits yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Harits dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu Anhuma bahwa ia pernah berkata kepada muadzinnya, ‘Setelah kamu mengucapkan, ‘Asy hadu Allâ ilâha illallah wa asy hadu anna Muhammadar rasûlullah’ maka janganlah kamu ucapkan, ‘Hayya ‘Alash Shalâh’ tetapi ucapkan, ‘Shallû fi Buyûtikum’. Ia berkata, ‘Seakan-akan orang-orang mengingkari perbuatan tersebut. Lalu Ibnu Abbas berkata, ‘Apakah kalian merasa aneh dengan amalan ini? Sesungguhnya orang yang lebih baik dariku pernah melakukan ini. Sesungguhnya shalat jumat itu wajib pada hukum asalnya, dan sesungguhnya aku tidak suka kalian keluar berjalan di atas lumpur yang licin.’ (Hadis riwayat Al-Bukhari no 632, no 666, Muslim no 697)
Atau diucapkan setelah kalimat, ‘Hayya ‘alash shalâh-Hayya ‘alal falâh’ (sebelum mengucapkan ‘Allahu Akbar-Allahu Akbar, Lâ Ilaha Ilallah). Hal ini sandarkan pada hadis yang diriwayatkan dari Amr bin Aus, ia berkata, ‘Telah mengabarkan kepadaku seseorang dari bani Tsaqif, bahwa ia pernah mendengar muadzin Rasulullah SAW, yakni di malam turunnya hujan ketika dalam perjalanan, mengatakan, ‘Hayya alas shalâh, Hayya alal falâh, shallû fi rihâlikum.’ (Hadis Sahih riwayat An-Nasai no 653)

Atau diucapkan setelah selesai mengucapkan lafaz azan semuanya. Yaitu setelah selesai mengucapkan Lâ Ilâha Illallah. Hal ini didasarkan pada hadis Ibnu Umar. Bahwa ibnu ‘Umar pernah mengumandangkan azan pada suatu malam yang dingin, banyak angin dan hujan. Lalu di akhir azan beliau mengucapkan, ‘Ala Shallu fi rihâlikum, ala shallu fir rihâl.’ Kemudian beliau berkata, ‘Jika malam sangat dingin atau pun hujan ketika safar, Rasulullah memerintah muadzinnya untuk mengucapkan, ‘Alâ Shallû fi rihâlikum.’ (Hadis riwayat Muslim no 697)

Sewaktu hujan, muadzin boleh memilih salah satu dari tiga lafaz tambahan azan di atas lalu diletakkan pada salah satu dari tiga posisi berikut; setelah selesai azan, menggantikan tempat kalimat Hayya ‘Alas Shalâh, atau setelah kalimat Hayya ‘alash shalah – hayya ‘alal falah.

Adab mendengar azan

Seelok-eloknya janganlah berkata-kata (bersembang), sebaliknya, jawaplah azan dan berdoalah selepas azan habis dilaungkan.

Benarkah bercakap ketika azan tidak boleh mengucap?

Dikatakan bahawa jika bercakap ketika azan akan menghadapi azab tidak boleh mengucap ketika nazak adalah perkara yang salah/tidak tepat. Jika benar bercakap ketika azan adalah satu perkara yang salah dan dilarang oleh Allah, kenapakah para sahabat bercakap ketika azan dilaungkan? Ini berdasarkan hadis, "Adalah mereka di zaman Umar bin al-Khattab, menunaikan solat (Sunat) pada hari Jumaat, sehinggalah Umar masuk ke dalam masjid, apabila Umar masuk (ke dalam masjid, dan beliau duduk di atas mimbar, lalu tukang azan melaungkan azan. Kata Thalabah: Kami pun duduk (berhenti dari menunaikan solat sunat) dan kami berbicara (bersembang). Apabila azan selesai, lalu Umar berdiri untuk menyampaikan khutbah, kami pun diam dan tidak ada seorang pun daripada kami yang berbicara." [Muwata Malik dengan Syarah al-Zarqani. Jld 1, m.s. 307]

Kalau benar bercakap ketika azan akan menyebabkan mati tak dapat mengucap, para Sahabat tentu tidak akan melakukannya! Jadi kalau menjawab azan yang telah jelas ada dalilnya itu pun sunat, arahan mewajibkan berdiam diri yang tiada dalilnya lebih lagi tidak dapat menjadi hujah. Malahan ianya bertentangan dengan nas-nas sahih dan jelas kerana Nabi SAW juga bercakap ketika azan dan Nabi SAW menjawab azan (bukan berdiam diri). Kalau dibandingkan dengan berbual-bual kosong, tentu lebih utama menjawab azan kerana itu sunnah.

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Tuesday, September 1, 2009

20 Common Mistakes Made During Ramadan

Common Mistakes Made During Ramadan

Most Muslims who fast Ramadan focus on the benefits and rewards of it. But in doing so, we often make mistakes that instead of adding to our experience actually detract from it. Mistakes that can make us commercialize Ramadan as so many other religions have commercialized their sacred days. Insha Allah the following serves as a reminder to myself first and to all Muslims. May Allah help us to spend our time wisely this Ramadan and help us to avoid these mistakes. Aameen!

1. Taking Ramadaan as a ritual

For many of us Ramadaan has lost its spirituality and has become more of a ritual than a form of Ibaadah. We fast from morning to night like a zombie just because everyone around us is fasting too. We forget that its a time to purify our hearts and our souls from all evil….we forget to make dua, forget to beseech Allaah to forgive us and ask Him to save us from the Fire. Sure we stay away from food and drink but that's about all.

Although the Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) said:
'Jibreel said to me, 'May Allaah rub his nose in the dust, that person to who Ramadaan comes and his sins are not forgiven,' and I said, 'Aameen'. Then he said, 'May Allaah rub his nose in the dust, that person who lives to see his parents grow old, one or both of them, but he does not enter Paradise (by not serving them) and I said, 'Aameen'. Then he said, 'May Allaah rub his nose in the dust, that person in whose presence you are mentioned and he does not send blessings upon you,' and I said, 'Aameen.'' (Tirmidhi, Ahmad, others. Saheeh by al-Albaani)

2. Too much stress on food and drink

For some people, the entire month of Ramadaan revolves around food. They spend the ENTIRE day planning, cooking, shopping and thinking about only food, instead of concentrating on Salaah, Quraan and other acts of worship. All they can think of is FOOD. So much so that they turn the month of 'fasting' into the month of 'feasting'. Come Iftaar time, their table is a sight to see, with the multitudes and varieties of food, sweets and drinks.. They are missing the very purpose of fasting, and thus, increase in their greed and desires instead of learning to control them. It is also a kind of waste & extravagance.

'…..and eat and drink but waste not by extravagance, certainly He (Allaah) likes not Al-Musrifoon (those who waste by extravagance) ' [al-Araaf :31]

3. Spending all day cooking

Some of the sisters (either by their own choice or forced by their husbands) are cooking ALL day and ALL night, so that by the end of the day, they are too tired to even pray Ishaa, let alone pray Taraweeh or Tahajjud or even read Quraan. This is the month of mercy and forgiveness. So turn off that stove and turn on your Imaan!

4. Eating too much

Some people stuff themselves at Suhoor until they are ready to burst, because they think this is the way to not feel hungry during the day and some people eat at Iftaar, like there is no tomorrow, trying to 'make up for the food missed.' However, this is completely against the Sunnah. Moderation is the key to everything.

The Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) said: 'The son of Adam does not fill any vessel worse than his stomach; for the son of Adam a few mouthfuls are sufficient to keep his back straight. If you must fill it, then one-third for food, one-third for drink and one-third for air.' (Tirmidhi, Ibn Maajah. saheeh by al-Albaani).

Too much food distracts a person from many deeds of obedience and worship, makes him lazy and also makes the heart heedless.

It was said to Imam Ahmad: Does a man find any softness and humility in his heart when he is full? He said, I do not think so.

5. Sleeping all day

Some people spend their entire day (or a major part of it) 'sleeping away their fast'. Is this what is really required of us during this noble month? These people also are missing the purpose of fasting and are slaves to their desires of comfort and ease. They cannot 'bear' to be awake and face a little hunger or exert a little self-control. For a fasting person to spend most of the day asleep is nothing but, negligence on his part.

6. Wasting time

The month of Ramadaan is a precious, precious time, so much so that Allaah calls this month 'Ayyamum Ma'doodaat' (A fixed number of days). Before we know it, this month of mercy and forgiveness will be over. We should try and spend every moment possible in the worship of Allaah so that we can make the most of this blessing. However, there are some of us who waste away their day playing video games, or worse still, watching TV, movies or even listening to music. Subha an Allaah! Trying to obey Allaah by DISOBEYING him!

7. Fasting but not giving up evil

Some of us fast but do not give up lying, cursing, fighting, backbiting, etc. and some of us fast but do not give up cheating, stealing, dealing in haraam, buying lotto tickets, selling alcohol, fornication, etc. and all kinds of impermissible things without realizing that the purpose of fasting is to not stay away from food and drink; rather the aim behind it is to fear Allaah.

'O you who believe! Fasting is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may become Al-Muttaqoon (the pious)' [al-Baqarah 2:183]

The Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) said: 'Whoever does not give up false speech and acting upon it, and ignorance, Allaah has no need of him giving up his food and drink.' (Bukhaari)

8. Skipping Suhoor (sehri)

The Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) said: 'Eat suhoor for in suhoor there is blessing.'(Bukhaari, Muslim).
And he (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) said: 'The thing that differentiates between our fasting and the fasting of the People of the Book is eating suhoor.' (Muslim)

9. Stopping Suhoor at 'Imsaak'

Some people stop eating Suhoor 10-15 minutes earlier than the time of Fajr to observe 'Imsaak'.
Shaykh Ibn 'Uthaymeen said: This is a kind of bid’ah (innovation) which has no basis in the Sunnah. Rather the Sunnah is to do the opposite. Allaah allows us to eat until dawn: 'and eat and drink until the white thread (light) of dawn appears to you distinct from the black thread (darkness of night)' [al-Baqarah 2:187]

And the Prophet (pbuh) said: '….eat and drink until you hear the adhaan of Ibn Umm Maktoom, for he does not give the adhaan until dawn comes.'

This 'imsaak' which some of the people do is an addition to what Allaah has prescribed, so it is false. It is a kind of extremism in religion, and the Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) said:
'Those who go to extremes are doomed, those who go to extremes are doomed, those who go to extremes are doomed.' (Muslim)

10. Not fasting if they missed Suhoor

Some people are too scared to fast if they miss Suhoor. However, this is a kind of cowardice and love of ease. What is the big deal if you missed a few morsels of food? It's not like you will die. Remember, obedience to Allaah overcomes everything.

Saying the intention to fast 'out loud' or saying a specific dua to start fasting:

The intention is an action of the heart. We should resolve in our heart that we are going to fast tomorrow. That is all we need. It is not prescribed by the Shari'ah for us to say out loud, 'I intend to fast', 'I will fast tomorrow' or other phrases that have been innovated by some people. Also, there is no specific dua to be recited at the time of starting the fast in the correct Sunnah. Whatever 'dua' you may see on some papers or Ramadaan calendars, etc. is a Bid'ah.

11. Delaying opening fast

Some people wait until the adhaan finishes or even several minutes after that, just to be 'on the safe side'. However, the Sunnah is to hasten to open the fast, which means opening the fast the moment the sun sets. Aa'ishah (RA) said: This is what the Messenger of Allaah (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) used to do. (Muslim)

The Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) said: 'The people will continue to do well so long as they hasten to open the fast.' (Bukhaari, Muslim)

Inspite of the above Hadith being so clear, the Azaan in many of the mosques is given 5 minutes after sunset. You can check the newspaper everyday and see the exact time of sunset that is mentioned there. You can also check it on the net and then check for yourself when the Azaan is given).

Determine to the best of your ability, the accuracy of your clock, calendar, etc. and then have tawakkul (trust) on Allaah swt and break your fast exactly on time.

12. Eating continuously until the time for Maghrib is up

Some people put so much food in their plates when breaking their fast and continue eating, enjoying dessert, drinking tea, etc., until they miss Maghrib. That is obviously not right. The Sunnah of the Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) was that once he broke his fast with some dates, he would hasten to the prayer. Once you are done with the prayer, you can always go back and eat some more if you wish.

13. Missing the golden chance of having your Dua accepted

The prayer of the fasting person is guaranteed to be accepted at the time of breaking fast.
The Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) said: 'Three prayers are not rejected: the prayer of a father, the prayer of a fasting person, and the prayer of a traveler.' (al-Bayhaqi, saheeh by al-Albaani).

Instead of sitting down and making Dua at this precious time, some people forego this beautiful chance, and are too busy frying samosas, talking, setting the food, filling their plates and glasses, etc. Think about it….Is food more important than the chance to have your sins forgiven or the fulfillment of your Duas.

14. Fasting but not praying

The fasting of one who does not pray WILL NOT BE ACCEPTED. This is because not praying constitutes kufr as the Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) said: 'Between a man and shirk and kufr there stands his giving up prayer.' (Muslim)

In fact, NONE of his good deeds will be accepted; rather, they are all annulled.
'Whoever does not pray 'Asr, his good deeds will be annulled.' (Bukhaari)

15. Fasting and not wearing Hijaab

Not wearing the Hijaab is a major sin as it is obligatory for Muslim women. (See Surah Nur, Surah Ahzaab). So fasting and not wearing hijaab certainly takes away enormously from the rewards of fasting, even if does not invalidate it.

16. Not fasting because of exams or work

Exams or work is NOT one of the excuses allowed by the Shariah to not fast. You can do your studying and revision at night if it is too hard to do that during the day. Also remember that pleasing and obeying Allaah is much more important than 'good grades'. Besides, if you will fulfill your obligation to fast, even if you have to study, Allaah will make it easy for you and help you in everything you do.
'Whosoever fears Allah, He will appoint for him a way out and provide for him from where he does not expect, Allaah is Sufficient for whosoever puts his trust in Him.' (Surah at-Talaaq 2-3)

17. Mixing fasting and dieting

DO NOT make the mistake of fasting with the intention to diet. That is one of the biggest mistakes some of us make (esp. sisters). Fasting is an act of worship and can only be for the sake of Allaah alone. Otherwise, mixing it with the intention of dieting may become a form of (minor) Shirk.

18. Praying ONLY on the night of the 27th

Some people pray ONLY on the 27th to seek Lailat ul-Qadr, neglecting all other odd nights, although the Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) said: 'Seek Lailat ul-Qadr among the odd numbered nights of the last ten nights of Ramadaan.' (Bukhaari, Muslim).

19. Wasting the last part of Ramadaan preparing for Eid

Some people waste the entire last 10 days of Ramadaan preparing for Eid, shopping and frequenting malls, etc. neglecting Ibadah and Lailatul Qadr. although, the Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) used to strive the hardest during the last ten days of Ramadaan in worship (Ahmad, Muslim) and not in shopping. Buy whatever you need for Eid, buy before Ramadaan so that you can utilize the time in Ramadaan to the max..
Aa'ishah (RA) said: 'When the (last) ten nights began, the Messenger of Allaah (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam)) would tighten his waist-wrapper (i.e., strive hard in worship or refrain from intimacy with his wives), stay awake at night and wake his family.' (Bukhaari and Muslim).

20. Iftaar parties

Although inviting each other for breaking fast is something good and encouraged, some people go to extremes with lavish 'Iftaar parties' with all sorts of disobedience to Allaah, from flirting, mixing of the sexes and hijaab-less women, to show-off and extravagance, to heedlessness to Salaah and Taraweeh. Some even resort to music and dancing.

It's not too late to rectify ones mistake and do good for the sake of Allaah.

[15:49] Inform My servants that I am the Forgiver, Most Merciful.



--
"And do not content yourselves concerning the Sunnah with striving for speech & not acting upon it. For indeed striving upon the Sunnah without acting upon it ia a lie as well as neglecting knowledge" 'Abbaad ibn 'Abbaad al-Khawwaas to Ahslus Sunnah wal-Jama'ah in al-kitaab al-Jameel min wasaayaa as-Salaf



"Put your trust in Allah, for Allah loves those who put their trust in Him." [Al-Imran: 159]

Say: “Nothing will happen to us except what Allah has decreed for us: He is our Protector. In Allah let the believers put their trust.” (Al-Tawba, 51)