Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Tuesday, April 26, 2011

Pencemaran Alam Sekitar Memudaratkan Kesihatan Manusia

WRITTEN BY VANITHA VASU 
FRIDAY, 22 APRIL 2011 09:52

Pembangunan dunia telah berkembang dengan pesatnya. Akibat daripada kepesatan tersebut, telah menyebabkan alam sekitar tercemar. Pencemaran ini boleh memudaratkan kesihatan. Kilang-kilang yang mengeluarkan asap boleh mencemarkan udara. Selain itu, kenderaan-kenderaan turut mengeluarkan gas karbon monoksida yang boleh menyebabkan sistem pernafasan terganggu.
Sungai-sungai juga turut dicemari. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS), kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih.

Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Pencemaran sungai terus meningkat disebabkan oleh sisa-sisa pembuangan industri dan bahan-bahan toksik. Ia menyebabkan hidupan akuatik terjejas.

Begitu juga dengan tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hidupan akuatik seperti ikan merupakan sumber protein yang penting kepada manusia. Jika sumber ini tercemar, maka manusia akan menghadapi masalah kekurangan sumber protein. Kekurangan protein dalam badan pula akan menyebabkan kesihatan manusia terganggu.
Pembuangan sampah-sarap oleh orang ramai dan perbuatan membiarkan longkang-longkang tersumbat serta bertakung amat membahayakan kesihatan manusia. Ini akan menyebabkan pembiakan nyamuk aedes, kuman dan bakteria seterusnya membawa penyakit seperti panyakit taun dan demam denggi.

Oleh sebab alam sekitar yang bersih dan ceria amat penting, maka pelbagai langkah yang berkesan harus diambil oleh pihak berkuasa. Antaranya ialah undang-undang harus diperketat supaya sektor industri akan memastikan kebersihan persekitaran. Kempen-kempen kesedaran juga hendaklah dijalankan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan alam sekitar. Denda atau hukuman yang setimpal perlu dikenakan kepada pihak yang mencemarkan alam sekitar tanpa memilih bulu. Ingatlah bahawa kesilapan yang dilakukan oleh manusia akan ditanggung oleh manusia itu sendiri. Oleh itu setiap individu di bumi ini perlu menjalankan tanggungjawab bagi menjamin kebersihan alam sekitar.

Vanitha Vasu
Forum Air Malaysia

Monday, April 25, 2011

Berhati-hati dengan Penipuan Laman Sosial

WRITTEN BY JAYASILAN KANDASAMY   
FRIDAY, 22 APRIL 2011 13:49
Populariti yang diraih facebook  twitter pelbagai laman social  telah menyebabkan laman sosial semakin mendapat tumpuan dan berkembang di seluruh dunia. Saban hari ada sahaja pengguna internet akan mendaftarkan diri dalam laman sosial komuniti, untuk sama-sama terlibat dalam perkembangan teknologi maklumat ini.
Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mungkin berpotensi untuk menjadi sebahagian daripada mangsa kepada penjenayah siber.

Penjenayah siber sangat suka menyerang lama sosial dan mampu untuk mencuri maklumat kata laluan mahupun memasang malware dengan memberikan pautan palsu. Apabila memasuki pautan yang diberi, mungkin ketika itu malware atau virus berbahaya akan masuk dalam komputer dan mengambil maklumat penting yang disimpan dalam kompute tersebut.
Biasanya penjenayah siber akan membuat tawaran palsu yang menarik sehingga mampu mempengaruhi pengguna untuk masuk ke pautan yang diberikan.
Ramai yang beranggapan masalah ini mungkin berlaku melalui mesej spam dalam e-mel sahaja, tetapi tidak menyedari ia juga boleh berlaku melalui laman sosial.

Oleh itu, pengguna hendaklah berhati-hati apabila menggunakan laman social. Jangan dedahkan maklumat penting dalam laman social tersebut. Elakkan daripada masuk ke pautan yang mencurigakan dalam laman sosial kerana ia mungkin cubaan penjenayah siber untuk memasuki komputer anda dan seterusnya mencuri maklumat yang ada di dalamnya.

Jayasilan Kandasamy
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Wednesday, April 13, 2011

Distinguished Lecture Series

PUBLIC LECTURE 

by

SHEIKH IMRAN NAZAR HOSEIN 

Sheikh Imran Hosein, the author of the best selling book “ Jerusalem In the Quran” and numerous other publications on politics, economy and international affairs based on the Quran and Hadith will be delivering his inaugural lecture in Malaysia for the first time in three years.

TITLE: “AN ISLAMIC VIEW ON THE ARAB UPRISING”
DATE: 15th APRIL 2011 ( FRIDAY)
TIME: 8.00 PM
VENUE: MAIN AUDITORIUM, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA
PARTICIPATION: OPEN – DONATIONS WILL BE APPRECIATED
FOREWORD BY: PROF. DR .MUDATTHIR ABDEL REHIM. – ISTAC

Organised by:

THE ASSOCIATION OF ISLAMIC NGOs OF FEDERAL TERRITORY - IKATAN PERSATUAN AL-HUNAFA

Sunday, April 10, 2011

Lawatan ke Putrajaya

Sesiapa yang berminat untuk menyertai lawatan ke Putrajaya bersama JARINGAN sila daftarkan nama Tuan/Puan kepada Pn. Hjh. Wan Mahiran di talian 012.360.4526

Beberapa lokasi yang menarik akan dilawati seperti Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Botanical Garden, Putra Perdana Park, Agricultural Heritage Park, Dataran Putra, Wetlands Putrajaya, Putrajaya International Convention Center, dan Kompleks Seri Perdana. (lokasi tertakluk kepada perubahan). Sewaktu perjalanan Ust. Zul Ramli akan menyampaikan ceramah am.

Seri Wawasan Bridge, Putra Mosque, Putra Perdana

Aturcara:
  • Tarikh: 26hb April 2011 (Selasa)
  • Bertolak dari Masjid Al-Mukarramah: 8:30am
  • Pengangkutan: Bas oleh Kiffah Travel
  • Kapasiti: 35 orang
  • Yuran: RM50.00 seorang
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Hjh. Wan Mahiran. Sekian. Terima Kasih.

Wednesday, April 6, 2011

WUJUDKAN RANGKAIAN KEDAI RUNCIT BAGI BANTU PENGGUNA BELI PADA HARGA RENDAH

WRITTEN BY MOHD YUSOF ABDUL RAHMAN
TUESDAY, 29 MARCH 2011 12:31

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan kempen penurunan harga barang bermula pada 15 Jun sehingga 31 Ogos 2011. Ia akan melibatkan 50 sektor perniagaan di seluruh negara.

Sebelum itu, KPDNKK juga merancang untuk mengadakan jualan gudang yang membabitkan 20 buah syarikat pengeluar barang. Kedua-dua usaha ini sebagai langkah untuk membantu pengguna membeli barang keperluan asas pada harga yang rendah.

Kempen penurunan harga barang dan jualan gudang merupakan langkah yang baik dan amat dialu-alukan. Sebelum ini pun, KPDNKK pernah menganjurkan kempen yang seumpamaini ketika berlaku kenaikan harga barang.

Namun begitu, kedua-dua langkah ini hanya merupakan strategi jangka pendek. Kempen penurunan harga barang hanya berlangsung dua bulan setengah, manakala jualan gudang hanya diadakan dalam tempoh tertentu sahaja.

Kempen penurunan harga barang diadakan di pasar raya-pasar raya besar dan gedung membeli belah tertentu, yang kebiasaannya terletak di bandar-bandar besar. Jualan gudang pula boleh dirancangkan untuk diadakan di beberapa tempat, termasuk di kawasan luar bandar.

Pengguna bakal menikmati harga yang rendah ketika kempen penurunan harga barang dan jualan gudang diadakan. Selepas itu mereka terpaksa membeli pada harga biasa di kedai yang terdapat di kawasan mereka.
Rungutan pengguna terhadap kenaikan harga barang berlaku kepada barang keperluan asas seperti ikan, sayur-sayuran, daging, ayam dan barang keperluan. Ia dibeli hampir setiap hari, seminggu sekali atau sebulan sekali.

Kenaikan kepada harga barang keperluan harian inilah yang perlu ditangani oleh kerajaan jika kerajaan ingin memastikan pengguna dapat membeli pada harga yang berpatutan dan munasabah. Oleh itu, kerajaan memerlukan perancangan jangka panjang untuk tujuan tersebut. Umpamanya, kerajaan melalui pembabitan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mewujudkan rangkaian kedai runcit di seluruh pelosok negara.

Sebagai contoh, dahulu pernah wujud rangkaian pasar mini, Kedai G-Mart dikendalikan oleh Pernas Edar. Begitu juga Bernas pernah mewujudkan Bernas Mart. Harga barang yang dijual di kedua-dua kedai ini adalah lebih rendah berbanding kedai runcit lain. Seringkali harga di kedai tersebut dijadikan sebagai perbandingan untuk pengguna mengetahui kedudukan harga semasa barang. Bernas juga pernah menyiarkan senarai harga barang jualannya di akhbar tempatan ketika berlakunya krisis kenaikan harga beras.

Namun disebabkan operasi kedai-kedai ini tidak memberikan keuntungan yang besar, maka kedai-kedai itu ditamatkan operasinya.

Jika kerajaan benar-benar serius untuk membantu pengguna membeli pada harga yang secara relatifnya berpatutan, maka rangkaian kedai runcit seperti ini perlu diwujudkan semula.

Pada masa ini beberapa GLC mempunyai rangkaian kedai runcit sendiri. Felda memiliki rangkaian kedai D' Mart yang sebahagian besar dibuka di Rancangan Felda, manakala Bernas telah mewujudkan pula Save More, yang beroperasi di kawasan bandar. Begitu juga Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan kedai Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang terdapat di kem-kem tentera.

Rangkaian kedai-kedai ini perlu diperluaskan di seluruh negara termasuk menggunakan konsep francais. Untuk membolehkan rangkaian kedai ini menjual pada harga yang rendah, ia wajar mencontohi pasar raya besar yang mewujudkan jenama sendiri atau jenama gedung.

D' Mart, Save More dan PERNAMA boleh membuat jenama sendiri bagi barang keperluan asas dan diedarkan di semua rangkaian kedai mereka.

Jika dilihat jenama gedung di pasar raya besar, harganya lebih rendah sebanyak 30 peratus hingga 40 peratus berbanding barang berjenama. Strategi ini wajar digunakan oleh rangkaian kedai-kedai ini.

Rangkaian ini perlu membuka cawangannya di seluruh negara, terutamanya di kawasan luar bandar bagi membantu golongan pengguna membeli pada harga yang rendah.

Selain itu, rangkaian kedai ini boleh digunakan untuk melaksanakan program kerajaan dalam membantu golongan sasar seperti Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR), yang dijalankan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Demikian juga, KPDNKK telah mengadakan program pengedaran barang perlu bersubsidi mulai pada 20 Ogos 2008, dengan projek perintisnya di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang. Dalam pembentangan bajet 2011, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk program pengedaran barang perlu, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan secara berperingkat akan melaraskan subsidi barang makanan sebagaimana yang dicadangkan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi. Apabila pelarasan ini dilaksanakan, kerajaan perlu melaksanakan program jaringan sosial untuk membantu golongan miskin membeli barang keperluan asas pada harga yang lebih rendah. Golongan sasar ini boleh diberikan kupon untuk membeli makanan keperluan asas.
Maka rangkaian runcit inilah yang berperanan sebagai pusat bagi membolehkan golongan ini membeli barang keperluandengan menggunakan kupon tersebut.

MOHD YUSOF ABDUL RAHMAN
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

Friday, April 1, 2011

MAKLUMBALAS ADUAN BPA: KES 66324

ILLEGAL HAWKERS ARE HAVING A FIELD DAY AT BANDAR SRI DAMANSARA PERSIARAN MERANTI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.   Untuk makluman tuan, pihak penjaja melalui Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Cawangan Bangsar (Zon Kawasan Jalan Meranti Bandar Sri Damansara) telah merujuk perkara ini kepada Y.B. Dato' Dr. Hassan Ali, EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Negeri Selangor. Mesyuarat di Pejabat EXCO yang diadakan pada 31 Januari 2011 memutuskan untuk menangguhkan tindakan perobohan bagi memberi peluang kepada pihak penjaja mengemukakan permohonan Lesen Menduduki Sementara (TOL) ke Pejabat Tanah Daerah Petaling.

3.   Berhubung perkara di atas, Majlis pada Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Mampan pada 22 Februari 2011 mengambil maklum bahawa Pejabat Tanah Daerah Petaling masih belum menerima permohonan TOL tersebut dari pihak penjaja. Di pihak Majlis, permohonan TOL ini sekiranya diterima pun tidak boleh disokong kerana tapak yang dipohon terletak di atas rizab jalan utama. Sehubungan dengan itu, mesyuarat membuat keputusan supaya tindakan penguatkuasaan hanya ditangguhkan sehingga 30 April 2011 sahaja.

4.   Sekian, status terkini berhubung isu ini untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Terima Kasih.

"KITA MEMEGANG AMANAH BANGSA"
"KEJUJURAN DAN KETEKUNAN"

Saya yang menurut perintah,

MOHD BAKRI BIN SALLEH
Penolong Pengarah 1,
Jabatan Perancangan Pembangunan,
Majlis Bandaraya Petaling Jaya.