Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Sunday, November 1, 2009

Kempen Bumi Hijau


Jaringan menyokong sepenuhnya usaha kerajaan mewujudkan satu inisiatif yang bertujuan untuk menyelamatkan bumi kita dari di cemari oleh pelbagai jenis pencemaran seperti alam sekitar, air, udara, dan sebagainya. Pihak AJK menyarankan supaya ahli-ahli Jaringan mengambil berat tentang masalah ini dan berusaha sedaya upaya mempraktikan inisiatif ini dengan melaksanakan beberapa program seperti kitar semula dan penggunaan satu beg untuk membeli belah (Ikea sebagai contoh telah pun melaksanakan program ini). Penggunaan beg kertas lebih di utamakan dikedai-kedai runcit dan lain-lain premis perniagaan yang lazimnya menggunakan beg plastik yang tidak "bio-degradable". Kalau tidak perlu lebih baik jangan menggunakan beg plastik. Cari alternatif lain yang lebih "Eco-friendly". Ini menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan kejayaan program ini. Jaringan akan mengemukakan beberapa program dari masa kesemasa bagi memantapkan lagi usaha kita bersama untuk mewujudkan satu komuniti yang mengambil berat tentang "environment" kita.

Sila hubungi pihak Jaringan untuk makluman lanjut tentang program ini. Sebarang cadangan dari ahli-ahli amatlah dialu-alukan oleh pihak AJK. Sila ajukan sebarang pertanyaan kepada jkibsd@yahoo.com

Biro Komunikasi
Jaringan Komuniti Islam
Bandar Sri Damansara

No comments:

Post a Comment