Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Sunday, March 13, 2011

JARINGAN @ TV9 Tanyalah Ustaz

Satu sesi rakaman untuk program Tanyalah Ustaz telah diadakan pada hari Khamis lalu (10hb Mac 2011). Seramai 30 orang ahli JARINGAN telah menyertai sesi rakaman tersebut. Rombongan dari Jaringan bertolak dari Masjid Al-Mukarramah pada pukul 12:45 tghari dan sampai di Sri Pentas lebih kurang pukul 1:30pm. Jamuan makan tengahari telah disediakan oleh pihak Media Prima sebaik sahaja rombongan tiba. Sesi rakaman bermula pada jam 2:45 petang selepas solat zuhur. Topik kali ini berjudul Ciri-ciri Golongan Munafik yang di pimpin oleh Ustaz Halim Din dari PPZ. Sesi rakaman berakhir pada pukul 5 petang dan jamuan disediakan sebelum rombongan berangkat pulang. Terima kasih kepada pihak TV9 diatas layanan yang sangat memuaskan. Kami harap pihak TV9 akan memberi peluang seumpama ini pada masa-masa akan datang.


Juga kepada Syarikat Kiffah Travel and Tours (M) Sdn Bhd yang telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan ahli, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih.

1 comment:

  1. salam.nak tanya, cemana nk sertai rakaman program ni?nk bwk org kmpung...org pd

    ReplyDelete