Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Wednesday, August 18, 2010

Konvoi Darat Ke-5, Talian Hayat Global Untuk Gaza



Masyarakat madani akan terus memperjuangkan nasib Gaza di pentas dunia. Dengan izin Allah, pada 18hb September 2010 nanti, satu Konvoi darat akan berlepas dari London, Casablanca dan Doha, membawa bantuan kemanusiaan berupa makanan, perubatan, bahan pendidikan dan binaan menuju ke Gaza. Diharapkan lebih dari 350 kenderaan dan 1,000 sukarelawan dari New Zealand, Eropah, Turki, Timur Tengah, Afrika, Amerika Syarikat, Amerika Selatan dan Asia akan bersama-sama Konvoi ini. Viva Palestina Malaysia (VPM) sekali lagi akan menyahut seruan bantuan ini. Kali ini VPM akan menghantar sukarelawannya bersama-sama dengan konvoi bantuan Gaza yang dijangka terbesar pernah ke Gaza, InsyaAllah.

Mohon pihak Masjid/Surau dapat membuat pengumuman atau menganjurkan bantuan kilat pada solat Jumaat dan solat terawikh nanti bagi sesiapa yang ingin menghulur sumbangan bagi menjayakan misi Konvoi Darat ke-5, Talian Hayat Global Untuk Gaza ("Fifth Land Convoy, Global Lifeline for Gaza"). Maklumat tertera di flyer/poster ada dilampirkan di sini buat pihak Masjid/Surau.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Pn. Azra Banu - 016 209 4500 / azrabanu@gmail.com
Cik Jemaimah - 013 231 4596 / jemma.mustapha@gmail.com

http://www.vivapalestina-my.org/
vpmalaysia@gmail.com

Jazakallah khairan kathira.

No comments:

Post a Comment