Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Sunday, April 5, 2009

Tujuan Penubuhan

Assalamualaikum.



Selamat datang ke ruangan blog persatuan kita. Kepada sesiapa yang masih belum pasti apakah tujuan dan halatuju persatuan disini kami paparkan secara ringkas tujuan penubuhan JKIBSD:


a) Menyatupadu dan mengeratkan tali silatulrahim di antara ahli-ahli khasnya dan masyarakat amnya. Menangani permasalahan terkini penduduk Islam Bandar Sri Damansara dengan cara muafakat demi melahirkan masyarakat Islam yang progresif dan dinamik.


b) Berusaha dikalangan ahli-ahli untuk menghidupkan semula dan memupuk sikap dan amalan serta tanggungjawab terhadap kefahaman Islam yang sempurna dan menghidupkan nilai-nilai Islam yang sempurna dan syummul.


c) Memperbaiki dan meninggikan akhlak ahli-ahli.


d) Menggalakkan ahli-ahli bertanggungjawab di dalam hal-ehwal kejiranan, sivik , sosial dan kebajikan.


e) Merancang serta melaksanakan program yang meliputi aspek-aspek kerohanian, pendidikan, moral, sosial dan ekonomi untuk memajukan ahli-ahli.


f) Bekerjasama dengan pengurusan Masjid al Mukarramah, Bandar Sri Damansara dalam aktiviti pengimarahan Masjid.


g) Menyediakan satu tabung kebajikan khas bagi tujuan membantu hal-hal kebajikan seperti fakir miskin, muallaf, anak yatim , ibu tunggal dan pelajar yang memerlukan bantuan.


h) Berusaha merancang aktiviti untuk mencari dana bagi mengisi tabung persatuan. Membantu menyalurkan kewangan mengikut kadar yang munasabah dalam peruntukan undang-undang tubuh persatuan jika berlaku musibah kepada ahli.



Ahli-ahli sekalian dijemput memberi pandangan atau cadangan kepada pihak AJK penaja sekira terdapat apa-apa saja ide yang boleh menyumbang kepada pembangunan minda dan Persatuan.



Sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli bolehlah mengisi Borang Ahli yang boleh dimuat turun disini atau menghubungi Hj. Mois (019.262.2421)/Hj. Zul (019.386.2400). Sila serahkan borang-borang yang telah siap diisi kepada penama-penama diatas.



Sekian. Wassalam.



AJK Penaja/ JKIBSD

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    baru2 ini satu pemilihan bakal AJK termasuk nazir dan pegawai masjid telah diadakan..Adakah penubuhan komuniti ini akan menimbulkan penindihan dan pertembungan dari segi aktiviti masjid nanti???

    Boleh saya mendapat penjelasan lanjut mengenai cadangan aktiviti yang mungkin akan dilaksanakan oleh jaringan ini.

    Sekian wassalam.

    ahli jamaah masjid.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Tujuan penubuhan ialah untuk membantu mengimarahkan masjid. Jaringan diwujudkan bukan untuk bersaing dengan AJK masjid. Kebanyakkan AJK masjid yang dilantik juga sudah menjadi ahli Jaringan. Jika sesetengah program tidak dapat dijalankan oleh AJK Masjid ianya boleh dijalankan oleh Jaringan kerana ketiadaan karenah birokrasi. Pihak Jaringan sekadar membantu dan tidak akan membelakangkan pengurusan Masjid.

    Aktiviti yang dicadangkan akan dibentangkan semasa mesyuarat Agung nanti dan juga akan mengmbil kira cadangan ahli.

    Sekian,wassalam.

    ReplyDelete