Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Saturday, June 22, 2013

Pondok Aur China: Ihya' Ramadhan 1434

Assalamu'alaikum wrt,

Alhamdulillah, penyertaan & sumbangan sdr/i dalam Ihya' Ramadhan tahun lepas telah menjayakan perancangan Pondok Aur China, spt dilampirkan.... Jazakallahu khairan kathira.

Sekali lagi tahun ini, Pondok Aur China akan melaksanakan program Ihya' Ramadhan - tilawah Al-Quran, bacaan Al-Ikhlas dan zikir tahlil. Program akan dipimpin oleh Tok Guru Hj Abdul Rahman @ Abdul Rahim Omar (Baba Rahim) bersama pelajar-pelajar pondok, seperti detail di bawah:-

Tempat:         Pondok Aur China, Pasir Mas, Kelantan
Tarikh:            2 - 27 Ramadhan 1434H (11 Julai – 5 Ogos 2013)
Masa:            (1) 8:15 pagi - 11:15 pagi
                       (2) 2:15 ptg - 4:15 ptg

Sdr/i dipelawa mengambil bahagian dan peluang untuk berbakti kepada arwah ahli keluarga yang telah tiada (terutamanya ibu dan ayah yang telah meninggal dunia) dengan menghadiahkan pahala tilawah al-Quran (20 kali khatam), surah al-Ikhlas (lebih 70,000 kali) dan zikir tahlil (lebih 70,000 kali). Borang penyertaan spt dilampirkan. Sumbangan boleh dimasukkan melalui akaun pondok:-

Bank Rakyat:  Nombor akaun  22-088-107928-3
Nama Akaun: Pembinaan Masjid Pondok Aur China
Nota:-
  • sumbangan RM20 bagi setiap seorang arwah
  • pendaftaran seberapa ramai arwah diterima
  • sila emailkan senarai nama arwah kepada yusoff.talib@gmail.com
  • sumbangan sdr/i akan disalurkan untuk majlis berbuka puasa di pondok, pengurusan & kebajikan pondok, pembiayaan pelajar miskin & anak yatim dan kos pengurusan bagi menjayakan program ini. 

Sebarang pertayaan sila hubungi Ustaz Mohamed Khairudi Mohamed Alwi (013-6393219) atau Yusoff Talib (013-3684294).

No comments:

Post a Comment