Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Sunday, February 17, 2013

Tahniah AJK Penganjur Program UAI_1602

Syukur..Alhamdulillah..terima kasih Allah kerana dengan limpah kurnia, keberkatan dan rahmat Mu majlis kami telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang rintangan dan insiden.

Saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada semua muslimin dan muslimah yang telah melibatkan diri bagi menjayakan program ceramah maulidul rasul pada hari Sabtu 06 Rabiul Awal 1434H bersamaan 16hb Feb 2013.

Tahniah di ucapkan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa penganjur yang terdiri daripada AJK Pertubuhan JARINGAN Komuniti Islam Kuala Lumpur dan Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Job well done!

Saya bagi pihak JARINGAN dan MAM juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia Ust Azhar Idrus dan pembantu beliau yang telah bersetuju meluangkan masa untuk bersama-sama penduduk Bandar Sri Damansara bagi menyampaikan ceramah untuk mengingati junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w. Kami sangat berbesar hati diatas kehadiran Ust bagi menjayakan majlis yang julung kali diadakan ini.

Akhir kata kami ingin mengalu-alukan sebarang cadangan dari Tuan/Puan sekalian bagi memantapkan lagi prestasi Pertubuhan pada masa akan datang.

Sekian. Wassalam.

-YDP Jaringan-

No comments:

Post a Comment