Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Monday, November 26, 2012

Karnival Sukan Remaja ke4 2012

JARINGAN bersama Masjid Al-Mukarramah dan PIBG SMK BSD2 akan menganjurkan acara tahunan Karnival Sukan Remaja buat kali ke 4 pada tahun ini. Tuan/Puan sekalian di jemput hadir bagi menjayakan program ini. Disamping itu Tuan/Puan juga digalakan menyertai pelbagai aktiviti yang telah di jadualkan.

Untuk pengetahuan umum Jaringan juga akan menjalankan aktiviti RECYCLING pada hari yang sama. Tuan/Puan yang berminat bolehlah membawa barang-barang yang hendak di kitar semula seperti suratkhabar lama, botol plastik, besi buruk, mesin yang telah rosak seperti peti ais, washing machine, tv, komputer, monitor dsb.

Program ini akan diadakan seperti berikut:
  • Tarikh: Sabtu 01hb Disember 2012
  • Masa: Jam 8pagi - 6petang
  • Tempat: SMK Bandar Sri Damansara 2, Persiaran Meranti dan Padang SK BSD1
Diantara aktiviti yang akan dijalankan:
  • Acara Sukan Padang
  • Acara Sukan Dalaman
  • Acara Istimewa
  • Gerai-gerai Jualan
  • Gerai Pertunjukan
  • RECYCLING
  • dsb
DATANG LAH BERAMAI-RAMAI BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Hj Nor Azam (0126656484) atau Hjh Wan Mahiran (0123604526)

- Biro Rekreasi, Hal Ehwal Sosial & Remaja JARINGAN -

No comments:

Post a Comment