Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Thursday, July 28, 2011

Muslim Aid: Program Ramadhan Fast 2 Feed Kembali lagi!

Assalamualaikum wrb,
Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Antaranya Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa akan terbuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta diikat segala syaitan. Pada bulan Ramadhan juga digalakkan kita bersedekah bagi mewujudkan keinsafan diri dan menyemai sikap tanggungjawab sesama manusia.

Selama sebulan kita menikmati juadah berbuka puasa dengan beraneka macam makanan lazat dan minuman segar dan seterusnya merayakan Aidilfitri pada 1 Syawal. Akan tetapi sedarkah kita, masih ada antara masyarakat kita yang masih hidup dalam kemiskinan dan juga saudara-saudara seagama kita di luar sana yang menderita akibat peperangan ataupun bencana alam?

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud: “Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Mari Bersedekah Bersama Muslim Aid
Muslim Aid mengajak Muslimin dan Muslimat untuk turut sama menghayati keistimewaan Bulan Ramadhan dengan cara bersedekah kepada mereka yang memerlukan melalui aktiviti kelolaan Muslim Aid sepanjang tahun. Sebuah program yang diberi nama Fast 2 Feed (F2F) akan dijalankan semasa bulan Ramadhan ini. Program F2F ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja anak-anak yatim, keluarga fakir miskin, warga OKU dan pelarian berbuka puasa disamping berbuka puasa bersama mereka. Program F2F ini juga merupakan program tahunan Muslim Aid di bulan Ramadhan. Pada yang berminat untuk sertai program F2F, boleh layari http://fast2feedmuslimaidasia.blogspot.com/ atau di laman Facebook kami di http://www.facebook.com/fast2feed

Atau hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996. 
Semoga bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna.
Terima kasih,
Wassalam
  
Muhammad bin Kamarulazizi
Programme Development Manager
Muslim Aid Malaysia Humanitarian Foundation
Muslim Aid Asia
Tel: 603 2288 1996
Fax: 603 2288 1966

No comments:

Post a Comment