Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Tuesday, May 19, 2009

Cadangan & Maklumbalas Di Perlukan

Pihak AJK Jaringan amat mengalu-alukan cadangan dari ahli-ahli untuk memantapkan lagi operasi dan meningkatkan aktiviti-aktiviti dimasa akan datang. Sebarang cadangan boleh diajukan kepada mana-mana ahli jawatan kuasa atau boleh dihantar terus ke emel: jkibsd@yahoo.com

Pada mesyuarat yang lepas (16hb Mei 2009) beberapa Biro telah dibentuk untuk menggerakan beberapa aktiviti yang telah dibahas dan dipersetujui oleh jawatankuasa induk. Biro-biro yang telah diluluskan ialah:

1. Biro Kemasyarakatan - Pengerusi| Hj Mohd Azam Tan Sri Abd Aziz
2. Biro Ekonomi - Pengerusi | Dato Hj Syed Khalid Mahmood
3. Biro Pendidikan - Pengerusi | Hj Mohd Subhi Ishak
4. Biro Komunikasi & Tugas Khas - Pengerusi | Hj Zulkifli Hassan

Untuk makluman umum Kempen Kebajikan yang dilancarkan baru-baru (Sabtu, 16hb Mei 2009) ini telah berjaya mengumpul pelbagai jenis pakaian, buku dan barang permainan. Barang barang tersebut akan diagihkan kepada beberapa buah rumah kebajikan yang telah disenarai pendek. Pada hari tersebut beberapa orang muslimah telah dibantu oleh 10 remaja untuk mengendalikan program pengumpulan barang barang tersebut. Syabas diatas semangat yang ditunjukan dan kita berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan dimasa akan datang.

Sekian buat masa ini.

P/S: kami juga memerlukan "Reporter" untuk membuat apa saja laporan yang bermanfaat kepada komuniti umumnya dan ahli khususnya.

| AJK Biro Komunikasi |

No comments:

Post a Comment