Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Thursday, April 29, 2010

17 Amalan Menghapuskan Dosa

Manusia mesti melakukan dosa dan pasti memerlukan keampunan Allah SWT. Oleh kerana itu Allah memberikan keutamaan dan kemurahan kepada hambaNya dengan mensyariatkan amalan-amalan yang dapat menghapus dosa disamping bertaubat. Sebagiannya dijelaskan dalam Al Quran dan sebahagian lagi dalam Sunnah Rasulullah SAW.

Diantaranya sebagai berikut:

1. Menyempurnakan wuduk dan berjalan ke masjid, sebagaimana disampaikan Rasulullah SAW:

أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَذَلِكُمْ الرِّبَاطُ

“Mahukah kamu sekalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat derajat. Mereka menjawab: ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: menyempurnakan wuduk ketika masa sulit dan memperbanyak langkah kemasjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain, kerana hal itu adalah ribath ( merapatkan hubungan dengan Allah SWT)” (HR Muslim dan Al Tirmidzi).

Juga dalam sabda Baginda yang lain:

إِذَا تَوَضَّأَ الرَّجُلُ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ لَا يُخْرِجُهُ أَوْ قَالَ لَا يَنْهَزُهُ إِلَّا إِيَّاهَا لَمْ يَخْطُ خُطْوَةً إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً

“Jika seseorang berwudhu lalu menyempurnakan wudhunya kemudian berangkat solat dengan niatan hanya untuk solat, maka tidak melangkah satu langkah kecuali Allah angkat satu derajat dan hapus satu dosa” (HR. Al Tirmidzi).

2. Puasa pada hari Arafah dan Asyura seperti dalilnya:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ وَ صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

“Nabi Bersabda: Puasa hari Arafah saya berharap dari Allah untuk menghapus setahun yang sebelumnya dan setahun setelahnya dan Puasa hari A’syura saya berharap dari Allah menghapus setahun yang telah lalu” (HR. At Tirmidzi dan di-shahih-kan Al Albani dalam Shahih Al Jaami’ no. 3853)

3. Solat terawih di bulan Ramadhan, dengan dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Siapa yang menegakkan ramadhan (solat tarawih) dengan iman dan mengharap pahala Allah maka diampunilah dosanya yang telah lalu” (Muttafaqun ‘Alaihi)

4. Haji yang mabrur, dengan dalil:

مَنْ حَجَّ فَلَمْ يَرْفُثْ وَ لَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ

“Siapa yang berhaji lalu tidak berkata keji dan berbuat kefasikan maka kembali seperti hari ibunya melahirkannya” (HR. Al Bukhari)

dan sabda beliau:

الْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

“Haji mabrur balasannya hanyalah surga” (HR. Ahmad)

5. Memaafkan hutang orang yang sukar membayar, dengan dalil:

عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ أُتِيَ اللَّهُ بِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِهِ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَقَالَ لَهُ مَاذَا عَمِلْتَ فِي الدُّنْيَا قَالَ يَا رَبِّ آتَيْتَنِي مَالَكَ فَكُنْتُ أُبَايِعُ النَّاسَ وَكَانَ مِنْ خُلُقِي الْجَوَازُ فَكُنْتُ أَتَيَسَّرُ عَلَى الْمُوسِرِ وَأُنْظِرُ الْمُعْسِرَ فَقَالَ اللَّهُ أَنَا أَحَقُّ بِذَا مِنْكَ تَجَاوَزُوا عَنْ عَبْدِي

“Dari Hudzaifah beliau berkata Allah memanggil seorang hambaNya yang Allah kurniai harta. Maka Allah berkata kepadanya: Apa yang kamu kerjakan didunia? Ia menjawab: Wahai Rabb kamu telah menganugerahkanku hartaMu lalu aku bermuamalah dengan orang-orang. Dan dahulu akhlakku adalah memaafkan, sehingga aku dahulu mempermudah orang yang mampu dan menunda pembayaran hutang orang yang sulit membayar. Maka Allah berfirman: Aku lebih berhak darimu maka maafkanlah hambaKu ini” (HR. Muslim).

6. Melakukan kebaikan setelah berbuat dosa, dengan dalil:

اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

“Bertakwalah kepada Allah dimanapun kamu berada, ikutilah kejelekan dengan kebaikan yang menghapusnya dan pergauli manusia dengan etika yang mulia” (HR Al Tirmidzi dan Ahmad dan dishohihkan Al Albani dalam Shohih Al Jaami’ no. 97.)

7. Memberi salam dan berkata baik, dengan dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

إِنَّ كِمْ كُوْجِبَاتِ الْمَغْفِرَةِ بَذْلُ السَّلاَمِ وَ حُسْنُ الْكَلاَمِ

“Sesungguhnya termasuk sebab mendapatkan ampunan adalah memberikan salam dan berkata baik” (HR Al Kharaithi dalam Makarim Al Akhlak dan di-shahih-kan Al Albani dalam Silsilah Al Ahadits Al Shahihah, no. 1035)

8. Sabar di atas musibah yang menimpa, dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ إِنِّي إِذَا ابْتَلَيْتُ عَبْدًا مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنًا فَحَمِدَنِي عَلَى مَا ابْتَلَيْتُهُ فَإِنَّهُ يَقُومُ مِنْ مَضْجَعِهِ ذَلِكَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ مِنْ الْخَطَايَا

“Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla berfirman: Sungguh Aku bila menguji seorang hambaKu yang mukmin, lalu ia memujiku atas ujian yang aku timpakan kepadanya, maka ia bangkit dari tempat tidurnya tersebut bersih dari dosa seperti hari ibunya melahirkannya” (HR Ahmad, dan dihasankan Al Albani dalam Silsilah Al Ahadits Al Shohihah no. 144).

9. Menjaga solat lima waktu dan Jumaat serta puasa Ramadhan, dengan dalil sabda Rasulullah:

الصلوات الخَمْسُ وَ الجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَ رَمَضَان إِلَى رَمَضَان مُكَفِّرَاتُ مَا بَينَهُمَا إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ

“Solat lima waktu dan Jum’at ke Jum’at dan Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa diantara keduanya selama menjauhi dosa besar” (HR Muslim)

10. Mengumandangkan azan, dengan dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

إِنَّ الْمُؤَذِّنَ يُغْفَرُ لَهُ مَدَى صَوْتِهِ

“Seorang Muadzin diampuni dosanya sepanjang (gema) suaranya” (HR Ahmad dan dishohihkan Al Albani dalam Shahih AL Jaami’ no. 1929)

11. Solat wajib, dengan dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهَرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ فِيهِ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسًا مَا تَقُولُ ذَلِكَ يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ قَالُوا لَا يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ شَيْئًا قَالَ فَذَلِكَ مِثْلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا

“Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai di pintu yang digunakan untuk mandi setiap hari lima kali, apa yang kalian katakan apakah tersisa kotorannya? Mereka menjawab: Tidak sisa sedikitpun kotorannya. Beliau bersabda: solat lima waktu menjadi sebab Allah hapus dosa-dosa” (HR. Al Bukhari).

12. Memperbanyakkan sujud, dengan dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

عَلَيْكَ بَكَثْرَنِ السُّجُوْدِ فَإِنَّكَ لاَ تَسْجُدُ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَكَ اللهُ بِهَا دَرَجَةً وَ حَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيْئَةً

“Hendaklah kamu memperbanyak sujud kepada Allah, karena tidaklah kamu sekali sujud kepada Allah kecuali Allah mengangkatmu satu derajat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa)” (HR Muslim).

13. Solat malam atau Tahajjud dengan Qiamullail, dengan dalil:

عَلَيْكَ بِقِيَامِ اللَيْلِ فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِيْنَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ لَكُم لإِلَى رَبِّكُمْ وَ مُكَفِّرَةٌ للسَّيْئَاتِ وَ مَنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ

“Hendaklah kalian solat malam, karena ia adalah adat orang yang sholeh sebelum kalian dan amalan yang mendekatkan diri kepada Robb kalian serta penghapus kesalahan dan mencegah dosa-dosa” (HR Al Haakim, dan dihasankan Al Albani dalam Irwa’ Al Ghalil 2/199).

14. Berjihad dijalan Allah, dengan dalil:

يُغْفَرُ للشَّهِيْدِ كُلَّ ذَنْبٍ إلاَّ الدَّيْن

“Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutang” (HR Muslim)

15. Mengiringkan haji dengan umrah, dengan dalil:

تَابِعُوْا بَيْنَ الحَجِّ وَ الْعُمْرَةِ فَإِنَّ مُتَابَعَةَ بَيْنَهُمَا تَنْفِيْ الْفَقْرَ وَ الذُّنُوْبِ كَمَا تَنْفِيْ الْكِيْرُ خَبَثَ الْحَدِيْدِ

“Iringi haji dengan umrah, karena mengiringi antara keduanya dapat menghilangkan kefakiran dan dosa sebagaimana Al Kier (alat pembakar besi) menghilangkan karat besi” (HR Ibnu Majah dan dishohihkan Al Albani dalam Shohih Al Jaami’ no,2899)

16. Sedekah, dengan dalil:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيْرُُ لَّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ

“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS. Al Baqarah: 271)

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam pun bersabda:

الصَّدَقَةُ تُطْفِىءُ الْخَطِيْئَةَ كَمَا يُطْفِىءُ الْمَاءُ النَّارَ

“Sedekah menghapus dosa seperti air memadamkan api” (HR Ahmad, Al Tirmidzi dan selainnya dan di-shahih-kan Al Al Bani dalam Takhrij Musykilat Al faqr no. 117)

17. Menegakkan hukum hudud yang sesuai dengan syariat Islam, dengan dalil:

أَيُّمَا عَبْدٍ أَصَابَ شَيْئَاً مَمَا نَهَى اللهُ عَنْهُ ثُمَّ أُقِيْمَ عَلَيْهِ حَدُّهُ كَفَرَ عَنْهُ ذَلَكَ الذَّنْبُ

“Siapa saja yang melanggar larangan Allah kemudian ditegakkan padanya hukum hudud maka dihapus dosa tersebut” (HR Al Haakim dan dishohihkan Al Albani dalam Shahih Al Jaami’ no,2732)

Sumber Rujukan: http://www.syabaabussunnah.co.cc/

Monday, April 19, 2010

MARS 2010



Objektif Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS) 2010

  • Menjana dana bagi pengurusan dan pembangunan Raudhatus Sakinah di seluruh Malaysia.

  • Menjalinkan jaringan dengan pelbagai pihak.

  • Menekankan keperluan amar ma’ruf nahi mungkar dipertingkatkan dalam masyarakat.

  • Menyedarkan tanggungjawab serta menghargai peranan lelaki yang menjadi pelindung kepada maruah wanita.


Program MARS 2010

  • Tarikh: 02 Mei 2010 (Ahad)

  • Masa 8.00 malam-11.00 malam

  • Tempat Shah Alam Convention Centre (SACC Convec)
    No 4 Jalan Perbadanan 14/9,
    40000 Shah Alam, Selangor

  • Tema ‘Lelaki Pelindung Wanita’ (An-Nisa’ : 34)


VVIP YTM TENGKU BESAR TERENGGANU, SHARIFFAH NONG ASSEGAFF (Penanung Raudhatus Sakinah)

Jualan Meja:

Platinum – RM5000/meja
Gold – RM3000/meja
Silver - RM2000/meja
Bronze – RM1000/meja

Sebarang bentuk sumbangan dan tajaan sangat dialu-alukan.

NO AKAUN RAUDHATUS SAKINAH:562209613388(MAYBANK BERHAD)

Untuk tempahan, sila hubungi:

Sekretariat Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS) 2010

03-41073379 atau 03-41089669 atau 03-41053159
Puan Rosmawati Zainal: 019-2386333
Puan Yusnani Abd Hamid: 013-3893379
Puan Siti Aini Jamil: 019-6553136
Nazirah Idris:019-5053008
En Mohd Amirul Mohd Letfee: 019-3836859
En Abdullah Omar:013-2466190

Thursday, April 15, 2010

Berusaha Mendidik Remaja

Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS
Utusan Online - Bicara Agama (15.04.10)

Didikan agama yang mantap mampu mengelak remaja terlibat dalam kegiatan tidak sihat. - Gambar hiasan
---------------------------------------------------------------

BUDAK-budak zaman sekarang ni degil dan pelik-pelik. Yang ada mak ayah dan keluarga, dibelakangkan sebab cinta dan impian. Yang ada peluang hendak ke sekolah, disia-siakan dan tidak belajar bersungguh-sungguh.

"Kadang-kadang yang menyusahkan lagi buat kerja tak senonoh, merokok, ponteng sekolah, mencuri dan lain-lain, sedangkan masih bersekolah.. Itu belum campur lagi yang terlanjur, kemudian anak dibuang tanpa belas kasihan.

"Apa nak jadi dengan remaja dan masyarakat kita hari ini.." keluh Pak Samad panjang pada anaknya, Arif selepas membaca akhbar.

"Remaja sekarang memang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Allah sudah kurniakan kita dengan bumi yang aman damai, kita ada bantuan yang banyak, akses pendidikan dan komunikasi bukan sedikit, apa lagi yang mereka mahu.

"Zaman ayah dulu tak ada kemudahan macam ini. Tapi sekurang-kurangnya kami tahu menjaga maruah diri dan keluarga.. ini tidak, makin maju manusia, makin kebelakang pula cara berfikir " tambah Pak Samad lagi, sengaja menguji anaknya.

Bukan Salah Kemajuan
Arif mengangguk-angguk. Dia turut berkongsi keresahan yang sama dengan ayahnya. Namun dia tidak setuju bahawa kemajuan itu yang menyebabkan manusia menjadi lebih teruk.

"Tapi ayah, kita tidak boleh salahkan kemajuan dengan tingkah laku manusia. Manusia itu sendiri yang mencipta kemajuan, lalu manusia juga mestilah bertanggungjawab untuk mengadabkan manusia.

"Tanpa kemajuan, perkembangan sains dan teknologi, manusia akan berada dalam keadaan statik dan di takuk lama. Bukankah memang fitrah manusia inginkan sesuatu yang lebih baik daripada yang dimiliki?

"Teknologi dan kemajuan seharusnya menambah baik kualiti kehidupan manusia... tetapi yang menjadi masalahnya apabila ia digunakan untuk tujuan yang tidak baik..." balas Arif.

"Mungkin pada zaman ayah, wujud perkara-perkara seperti ini, tetapi tidak banyak. Malah budaya, adab dan adat resam masih lagi tebal dan kebal di dalam diri remaja.

"Cuba ayah tengok remaja kita pada hari ini, sifat-sifat itu makin terhakis. Remaja tidak tahu hormat orang tua, apatah kasih pada yang lebih muda. Remaja hidup terumbang-ambing tanpa tujuan hidup, bukan salah kemajuan. Saya percaya jika ada didikan yang sempurna daripada keluarga dan masyarakat, anak-anak akan dewasa dengan matang, berketerampilan dan punyai matlamat hidup yang lurus..." ulas Arif lagi.

Pak Samad tersenyum dengan hujah balas anaknya. Mereka memang suka berbincang mengenai isu-isu semasa supaya fikiran lebih terbuka dan dapat bertukar-tukar idea.

Dia teringat kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang masyhur tentang mendidik anak iaitu "bermainlah dengan anak kamu selama 7 tahun, umur 7 ke 14 tahun masa untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 ke 21 tahun, berkawanlah dengan mereka".

Remaja juga punyai buah fikiran yang bernas jika dilatih dan dikembangkan dengan cara yang betul, fikirnya.

Didik anak ikut zamannya
"Betul juga kata kamu Arif. Ayah faham zaman kamu tak sama dengan zaman ayah. Bahkan Saidina Umar juga mengatakan bahawa kita mesti mendidik anak mengikut zaman mereka. Tetapi itulah yang sering ibu bapa lupa.

"Ibu bapa masa kini lebih sibuk dengan kerjaya dan bertungkus lumus mencari rezeki, tetapi tidak pula berusaha bersungguh-sungguh dalam membentuk anak-anak menjadi manusia berguna," Pak Samad memberi pendapat.

"Ya ayah, tidak semua ibu bapa berfikiran begitu. Pendapat dan suara anak-anak tidak didengar, apatah lagi dengan kehendak emosi mereka.

"Remaja yang dibesarkan sebegitu akan dibesarkan menjadi seorang yang kuat memberontak apabila ada sedikit kebebasan. Ramai kawan-kawan saya yang mengeluh ibu bapa mereka tidak mahu mendengar pendapat mereka," tambah Arif.

"Benar, nak. Ayah amat kesal sekiranya ada ibu bapa yang meletakkan bulat-bulat kesalahan pada orang lain apabila anak-anak mereka melakukan kesalahan atau kerosakan.

"Sewajarnya ibu bapa patut bermuhasabah dan merenung kembali cara didikan dan pengawalan terhadap anak-anak mereka. Iya, keadaan semakin mencabar dengan kemajuan teknologi, tetapi dengan adanya kekebalan iman serta ingatan daripada ibu bapa, insya-Allah anak-anak tidak akan menyimpang dari landasan yang benar..." ujar Pak Samad optimis.

"Ilmu pengetahuan pada masa kini memang mudah diperolehi, tetapi manusia tidak mahu mengamalkannya. Justeru, ibu bapa perlu sentiasa berusaha untuk mencari jalan terbaik untuk mendidik anak-anak.

"Didikan anak-anak juga mestilah berterusan walaupun anak sudah besar dan berumah tangga," Pak Samad memberi pandangan.

"Ayah juga merasakan bahawa didikan akan berkesan sekiranya diamalkan dan dialami sendiri melalui pengalaman.

"Ibu bapa mestilah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. Bukan setakat menyuruh mereka berbuat baik, tetapi mestilah menjadi sumber dan tauladan yang baik kepada anak-anak," kata Pak Samad yang juga seorang bekas guru.

"Tetapi saya lihat ada juga penyakit baru dalam masyarakat kita ayah," ujar Arif.

Pak Samad tersenyum. Dia sudah tahu apa yang bakal dikatakan anaknya.

Penyakit baru
"Penyakit itu adalah tidak mampu atau tidak mahu mengatakan 'tidak'. Baru-baru ini saya terbaca dalam akhbar, seorang ahli psikologi negara ini berkata ada kecenderungan bahawa ibu bapa sekarang sudah tidak tegas dalam mendidik anak-anak.

"Apa sahaja kemahuan anak-anak diikuti tanpa berfikir panjang. Jika tidak dituruti, bimbang anak-anak merajuk dan melakukan perbuatan yang bukan-bukan. Sebab itulah anak-anak remaja sekarang semakin 'besar kepala' dengan ibu bapa mereka. Apa pendapat ayah?" tanya Arif kepada ayahnya.

"Ayah merasakan bahawa setiap orang ada hak terhadap orang lain. Ibu bapa ada hak yang perlu ditunaikan terhadap anak-anak, begitu juga sebaliknya. Jadi masing-masing diberi amanah untuk menjaga tanggungjawab itu.

"Salah satu tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak adalah untuk memberitahu anak-anak yang mana benar dan mana yang silap, yang mana yang hak dan yang mana yang batil.

"Ibu bapa mesti tegas dalam prinsip ini supaya anak-anak faham akan batas sesuatu perkara. Tegas tidak semestinya keras dan marah, tetapi mestilah dengan cara yang berhikmah dan bijaksana," balas Pak Samad.

"Betul tu ayah. Dalam masa yang sama, remaja seperti saya juga mestilah sama-sama menghormati prinsip ibu ayah. Mereka tidak seharusnya mengugut dan melakukan perkara-perkara yang tidak baik semata-mata untuk menarik perhatian ibu bapa mengikut kemahuan mereka.

"Perbuatan-perbuatan tersebut bukan sahaja memalukan diri sendiri, tetapi keluarga juga yang menanggung akibatnya. Saya sentiasa sedih dengan nasib kawan-kawan seusia saya yang kurang bernasib baik, tetapi saya juga sedar bahawa kita sendirilah yang mesti berusaha merubah diri kita menjadi lebih baik.." kata Arif.

Pak Samad tersenyum melihat anaknya. Pintanya anak itu mengotakan apa yang dikatakannya dan mendewasa dalam sejahtera.

Kesimpulan

Kemajuan seharusnya menjadikan manusia lebih bijak menilai mana yang baik dan buruk. Namun kemajuan yang dikecapi tanpa asas ilmu dan didikan agama yang kukuh boleh menggoyahkan institusi keluarga dan masyarakat.

Dalam hal ini, cabaran dalam mengendalikan kemajuan sebenarnya adalah mengendalikan modal insan agar kemajuan yang dikecapi seiring dengan keseimbangan pemikiran, emosi dan spiritual.

Wednesday, April 14, 2010

Kembali Kepada Islam Jalan Menuju Perbaikan Diri Dan Umat

Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.( QS.Al Maidah: 3)

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima(agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.( QS.Ali Imran : 85 )

Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata. (QS.Az zumar :22 )

Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya´qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". ( QS.Al Baqarah : 132 )

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.( QS.Al Baqarah : 208 )

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kalian telah berjual beli dengan sistem riba, berlaku zalim, sibuk dengan dunia serta meninggalkan jihad, maka niscaya Allah akan menimpakan kehinaan kepada kalian. Kehinaan itu tidak akan hilang, hingga kalian kembali kepada ajaran agama kalian.” (HR. Abu Dawud dengan sanad hasan)

Kasihanilah Aku — Aku Yatim Piatu Terlantar Yang Disia-siakan

Pertama sekali biar aku perkenalkan diriku. Namaku ISLAM. Aku sudah lama diyatim piatukan. Dulu, ada orang yang menjaga aku. Namanya SAHABAT NABI. Kemudian, selepas sahabat nabi meninggal semuanya, aku telah dipelihara oleh TABI’IN dan TABI’UT TABI’IN. Sekarang, mereka sudah meninggalkan dunia. Aku sudah tidak ada tempat lagi di hati manusia.

Aku sedih sebab di zaman ini sudah tidak ada lagi manusia yang sanggup menjaga aku, menjaga kebajikan aku. Aku kesepian sendiri tak berteman. Hatiku bertambah pilu, Allah saja yang tahu. Entah kepada siapa lagi aku bermanja….

Jika aku pergi kepada orang kaya, Ah, aku sibuk, mana ada waktu untuk membela ISLAM?? Jika aku mencari simpati dengan orang miskin, aku sendiri tak kecukupan, bagaimana aku membela ISLAM?? Jika aku pergi kepada pelajar, katanya Aku sibuk dengan pelajaran, mana ada waktu untuk menjaga ISLAM???

Sekarang, siapa lagi yang ingin mengambil aku???

Aku pernah bahagia ketika ada yang bersungguh sungguh mengadopsiku. Kusangkakan panas hingga petang, rupanya turun hujan tengah hari. Ternyata kesungguhan itu hanya pura-pura. Aku dibawa kemana-mana lantaran keuntungan yang hendak diraihnya dariku. Banyak yang membawa namaku untuk mencari keuntungan, bahkan aku dijualnya. Akhirnya aku tahu. Hakikatnya hanya namaku yang mereka manfaatkan. Mereka tidak memeliharaku dengan sungguh-sungguh. Aku tetap diabaikan.

Tuan (engkau) yang membaca tulisan ini, bersimpatikah dengan aku yang yatim ini??? Tuan, bantulah aku, kasihanilah aku. Aku sedih karena ditinggalkan oleh manusia. Jika tuan sudi menerima aku sebagai teman hidup tuan, cari aku dalam buku panduan yaitu AL-QUR’AN. Untuk info tambahan ku, silalah rujuk kepada SUNNAH NABI.

Alangkah bahagianya aku dan tuan seandainya tuan juga mengajak orang lain menjaga aku. Aku akan membalas segala jasa baik tuan di akhirat nanti, dan aku senantiasa mendoakan agar Allah yang maha perkasa itu akan membalas jasa baik tuan..

Aku Yang Merana

(Islam)

Source: intifadha
Shared By Catatan Catatan Islami Pages


Rasulullah saw. bersabda: “Islam bermula dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi sesuatu yang asing. Maka beruntunglah orang-orang yang terasing itu.” (HR Muslim no. 145)

Monday, April 12, 2010

Kembali Kepada Al-Quran | Itulah Penyelesaiannya


Maznah Daud

Pembuangan bayi adalah satu femonena yang sungguh-sungguh kejam dan menjijikkan. Ia membuatkan kita rasa marah, geram, benci dan sakit hati tak terkata!

Saya percaya perbuatan keji itu tidak dilakukan secara suka-suka. Tidak ada seorang pun daripada kalangan mereka yang membuang (baca: membunuh) bayi-bayi tak berdosa itu yang berhasrat dan bercita-cita untuk menjadi seorang pembunuh!

Percayalah! Sebagai manusia biasa mereka juga bencikan pembunuhan, mereka tidak ingin menjadi seorang pembunuh.

Tetapi mengapa mereka membunuh?

Tidak lain dan tidak bukan, puncanya adalah
ZINA.


Allah subhanahu wataala telah memberi amaran keras dalam kitab suci yang kita bangga-banggakan. Hampir setiap tahun qari dan qariah negara kita menggondol hadiah dan gelaran johan membaca al- Quran di peringkat antarabangsa. Namun apakah kita juga menjadi juara di dalam mempersenda dan menolak hukum yang terkandung di dalam al-Quran?

Firman Allah subhanahu wataala bermaksud:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

(Al-Isra’ 17: 32)

Di tempat lain pula Allah subhanahu wataala berfirman (maksudnya):

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan daripada orang-orang yang beriman.”

(An-Nur 24: 2)

Perhatikan ayat di atas! Allah telah mengingatkan kita dengan:

Pertama: janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah.

Kedua: jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Atas alasan kasihan, kononnya hukuman itu kejam maka penzina tidak disebat. Kemudian apabila lahir bayi-bayi yang tidak berdosa, mereka dibuang merata-rata tak kira di dalam sungai, di atas darat, di tepi jalan, di dalam hutan, di dalam tandas dan di mana-mana di atas muka bumi Allah yang luas ini.

Siapa yang lebih wajar dikasihani? Penzina atau bayi-bayi yang tidak berdosa itu?

Semua akan berkata, bayi-bayi yang tidak berdosa itulah yang patut dikasihani. Maka sebat penzina adalah tanda simpati dan kasihannya kita kepada mereka dan kepada penzina itu sendiri!

Sebat bukan untuk membalas dendam, tetapi untuk mendidik dan menyelamatkan umat daripada seksa dan bencana lebih parah yang menanti pada masa akan datang.

Bayangkan sekiranya gejala ini tidak diatasi, tidak ada rencana serta langkah-langkah yang drastik untuk mencegahnya, bayangkan beberapa tahun lagi apabila bayi-bayi yang dibuang itu (yang sempat diselamatkan) membesar di bawah jagaan keluarga angkat atau rumah-rumah kebajikan. Pada masa yang sama si ibu tadi berzina lagi, beranak dan membuang lagi anak itu. Kemudian anak itu dibela pula oleh ibu angkat yang lain, sedang kedua-dua ibu angkat itu tidak tahu siapakah ibu kepada anak-anak angkat mereka. Kebetulan kedua-dua anak itu berlainan jantina, bertemulah mereka pada satu ketika, berkenalan lalu jatuh cinta dan berkahwin!

Itu hanya satu kemungkinan. Dan tidak mustahil kemungkinan-kemungkian seperti berkahwin dengan ayah (Nota: Lelaki yang menyebabkan kelahiran anak itu tetap merupakan ayah dari segi biologinya walaupun tidak sah di sisi undang-undang. Lantaran itu sebahagian ulama berpendapat perkahwinan itu tetap haram), ibu, bapa saudara atau ibu saudara, anak saudara dan lain-lain. Perlu diingatkan bahawa hubungan kekeluargaan dengan ahli keluarga ibu adalah sama dengan anak yang sah taraf.

Oleh yang demikian, sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Ambil pengajaran, saranan, hukum-hakam yang telah ditetapkan tanpa soal, tanpa was-was. Sifat mukmin adalah dengar dan taat, tunduk dan patuh, terima dan laksana ketentuan Dia Yang Maha Esa.

“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat; dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.”

(An-Nur 24: 51)

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”

(Al-Ahzab 33: 36)

Apakah hanya hukuman sebat itu saja cara paling berkesan untuk mengawal jenayah zina? Insya-Allah perbincangannya akan menyusul nanti.

Sumber : MalaysiaHarmoni

Wednesday, April 7, 2010

Babies, Sex and Sex Education

By Hafidz Baharom

APRIL 7 — Baby dumping is now becoming a serious issue for the government to cope with. I find it interesting enough that people are treating babies like garbage or even excrement, going so far as to just shove it down the toilet and flush. We’ve heard many gory tales of how babies are being left to die, or even murdered. Some throw them from their apartments; some leave them in garbage dumps to be found by kids who think it’s a doll. And then, there are those who just stuff the baby in their school bags and go back to class as if nothing happened.

Now, I’m not going to be like the mufti of Penang who thinks the best religious way to handle this is the threat of excommunication from the Islamic faith. Because, truth be told, they’ve already committed adultery. And I don’t think the ‘Islamic faith’ was even part of their decision to do that either.

Similarly, regarding what was said in Parliament on April 1, 2010, I don’t believe a death sentence should be considered for those who dump babies, unless someone can prove they threw the baby off an apartment balcony or literally drowned the baby in toilet water.

Personally I thought a better sentence would have been returning the baby to both parents, marry them and make them serve community service in an orphanage. I’m sure the Chow Kit Kids could use some help.

Don’t get me wrong, I’m still pro-death sentence; particularly when members of our air force can smuggle out two jet engines.

In most cases and this one included, prevention is the way forward. This, I’m sorry to note, was not mentioned at all on either side of the political divide during the winding up speech by Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

For those who may not know this, and I’ll put it in the most basic sense, sex brings about reproduction; unprotected sex, to be exact. So unless you are actually thinking of having a baby you actually have two choices; either make yourself impotent, or abstain from sex altogether.

Therefore, to be sure that unwanted babies don’t become dumped or killed, this is obviously where we have to start. Those who believe that religion can somehow stop people from having sex will preach abstinence, while others who think their child is one horny teenager or young adult would preach contraception.

Neither works a guaranteed 100 per cent on everyone in this nation of 28 million people, 7 million of which are the youth who have enough hormones and sexual drive to reproduce like bunny rabbits.

It is this 7 million that should be given at least this much information via sex education. Of course, we have syllabus in schools which is said to teach sex education, as perhaps some of us have heard the Ministry of Education defending themselves.

This is, of course, whitewash.

What they teach is the reproductive system in Form Three, the biological multiplication of cells and arrangement of chromosomes in Form Four, and perhaps the religious and moral connotations of having sex. That’s about it.

Now, imagine having learned all this, and then letting the teen go back and watch a pornographic film. Honestly, the last thing a student needs to learn is how to plan a barebacking orgy in a hotel suite in Boca.

Somehow, perhaps this government thinks that amount of knowledge is enough for a college flunky to give birth by herself in a dorm room in Johor. I don’t share the same sentiment.

Does any school teach on the subject of masturbation? Oral sex? Anal sex? Sexually transmitted diseases? Pre-marital sex? Extra-marital sex?

Sadomasochism and bestiality, if need be?

After all, we are talking about sex education. Far be it for me to recommend kids to watch Juno, but there are some lessons in there that need to be taken to heart from that movie.

First and foremost, unwanted babies can be given up for adoption.

There are Malaysian families out there who wouldn’t mind adopting your unwanted child. This is a message we should get out in the open for those who do not know the avenues available for them to take.

Secondly, parents need to play a role here. I have more faith in parents in comparison to the ‘Malay first’ Ministry of Education doing anything about it just yet. He’s got his hands full being ‘Malay’, so I’m looking at parents to teach about contraception, teen pregnancy and even abstinence.

I’m not telling you how to raise your kid. I’m merely telling you that your teenage kids are already thinking about it, and you should start talking to them about it before they too decide that flushing a newborn down a toilet seemed like a good idea at the time.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.