Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Monday, December 31, 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013!

Selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013.

Alhamdulillah..2012 baru sahaja meninggalkan kita dan kini kita berada didalam kalendar masihi 2013. Dengan bermulanya tahun baru mengikut tradition kebanyakan kita akan wujudkan satu senarai wish list sebagai garis panduan untuk kita ikuti sepanjang tahun baru. Tetapi malangnya tak semua kita yang mempunyai tahap konsistensi yang tinggi untuk follow through senarai yang telah dibuat. Mungkin pada tahun ini kita akan mulakan senarai yang teratas, ia itu azam yang kuat untuk melaksanakan semua perkara yang telah disenaraikan. Insyaallah, dengan azam yang jitu dan semangat yang berkobar-kobar apa yang dirancang akan dimakbulkan Allah.

Baiklah..disini ingin kami senaraikan beberapa perkara yang merupakan cadangan Resolusi Tahun Baru 2013:

  • Mempertingkatkan Taqwa kepada Allah s.w.t
  • Memperbaiki Akhlak
  • Selalu ke masjid Berjemaah (terutama bagi kaum muslimin)
  • Menghidupkan semangat Berjiran
  • Perbanyakan Sangkabaik dan kalau boleh hapuskan sama sekali sangkaburuk
  • Menanam budaya Sayang keluarga dan saudara se Islam
  • Menimba Ilmu seberapa banyak yang mungkin
  • Bekerjasama didalam apa jua aktiviti yang bakal mendapat keridhaan Allah
  • Memberi cadangan yang bernih menuju kearah keutuhan ummah
  • Menonjolkan imej Islam sebagai satu agama yang wajib diikuti.
Tuan/Puan mungkin ada senarai resolusi masing-masing tetapi yang penting adakah Tuan/Puan mempunyai kesungguhan untuk follow through. Kami berharap apa yang dirancangkan dan yang didokumentasikan akan dapat di laksanakan sebaik mungkin..Insyaallah.

Selamat Tahun Baru 2013 dari Barisan AJK JARINGAN.

- Yang DiPertua -

No comments:

Post a Comment