Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Monday, September 19, 2011

KHIDMAT PELANGGAN YANG KURANG MEMUASKAN


WRITTEN BY THANESHKUMAR   
MONDAY, 12 SEPTEMBER 2011 10:58
Syarikat-syarikat yang menjual barangan dan perkhidmatan di Malaysia hendaklah memberi perhatian yang serius tentang aspek khidmat pelanggan, kerana kes aduan tentang layanan yang kurang memuaskan kepada para pengguna semakin meningkat.

Baru-baru ini Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah menerima satu lagi aduan tentang layanan kurang baik yang diberikan kepada pengguna selepas membeli perkakasan dapur dan sistem audio di sebuah kedai elektrik di Puchong.
Menurut pengguna tersebut, semasa bayaran dibuat, tidak ada stok untuk barang tersebut di kedai, tetapi penjual berjanji kepadanya bahawa stok akan sampai dalam masa empat hari lagi.
Apabila tiba hari tersebut, pengguna mendapati tiada panggilan pemberitahuan oleh syarikat jualan itu. Malah pengguna tersebut sendiri membuat panggilan beberapa kali untuk menanyakan status barangan pembeliannya. Setiap kali panggilan dibuat, penjual memaklumkan barang belum sampai dan memberikan tarikh yang baru. Keadaan ini berlarutan sehingga pengguna hilang kepercayaan terhadap syarikat tersebut.

Syarikat jualan barangan dan perkhidmatan seharusnya menitikberatkan kepentingan pengguna dalam proses penjualan barangan dan perkhidmatan mereka. Jikalau terdapat kelewatan dalam penyampaian barang, pihak penjualan seharusnya mengambil inisiatif untuk memberitahu pengguna tentang kelewatan itu. Janganlah pula tunggu sehingga pengguna pula perlu membuat panggilan susulan secara berulang kali dan diberikan janji-janji yang palsu. Keadaan ini merupakan salah satu contoh khidmat pelanggan yang kurang memuaskan.

Thaneshkumar
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

No comments:

Post a Comment