WRITTEN BY MATHEEVANI MARATHANDAN |
FRIDAY, 29 APRIL 2011 09:29 |
Setiap hari, pasti ada pengguna yang berkemungkinan menjadi mangsa penipuan perniagaan telepemasaran. Memang tidak dapat dinafikan yang telepemasaran merupakan trend perniagaan masa kini. Industri bergantung kepada cara pemasaran yang membolehkan mereka berhubung terus kepada pelanggan mereka. Namun, bagi pengguna pula, jika mereka bukan pengguna yang bijak, mereka akan mudah tertipu atau tidak sedar akan syarat-syarat dan caj-caj yang terselindung. Kurang kesedaran dan taktik pemasaran yang menarik membuatkan pengguna terjerat dalam apa juga promosi telepemasaran tanpa mengetahui risiko yang akan berlaku. Pengguna tidak tahu syarat dan terma serta terma pengecualian yang mungkin akan mengagalkan sebarang tuntutan mereka pada masa hadapan. Hanya selepas beberapa tahun apabila menghadapi masalah, baru pengguna sedar bahawa mereka tertipu. Dalam hal ini, kebanyakan disebabkan oleh kecuaian mereka yang setuju dengan pembelian dan akhirnya telah terlambat untuk membuat perubahan. Adakah ini disebabkan oleh sikap pengguna kerana tidak serius dengan apa jua pembelian mereka? Perlindungan sendiri adalah perlindungan terbaik. Oleh itu penggunalah yang seharusnya serius dalam apa jua penglibatan mereka dalam jual beli, contohnya pembelian insurans, kad kredit dan sebagainya. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Matheevani Marathandan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) |
Pertubuhan Jaringan Komuniti Islam Kuala Lumpur atau JARINGAN ialah sebuah "NGO" yang ditubuhkan untuk mengeratkan lagi siratulrahim diantara penduduk Islam di Bandar Sri Damansara (BSD) khususnya dan penduduk dipersekitaran kawasan BSD am nya.
Announcement | Pengumuman
wibiya widget
Friday, May 6, 2011
Awas Dengan Penipuan Telepemasaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment