Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Tuesday, May 24, 2011

Lawatan ke Singapura

Satu program lawatan ke Singapura anjuran Jaringan akan diadakan seperti berikut:

  • Tarikh: 24hb Jun - 26hb Jun 2011
  • Pengangkutan: Kiffah Travel
  • Bayaran Penyertaan: RM300.00 seorang
  • Deposit: RM150.00 (kepada sesiapa yang berminat diminta bayar deposit dahulu)
Diantara aktiviti-aktiviti yang menarik ialah (subject to change):
  • menziarah saudara se Islam di Singapura
  • menziarah pusat pengajian Islam di Republik seperti masjid, dsb
  • menyertai majlis forum/ceramah agama yang akan disampaikan oleh YBhg Dato' Hasan Din al-Hafiz
  • melawat pusat membeli belah terkenal seperti Orchard Street, Arab Street & Bugis, Sentosa Island dan Gelang
  • melawat Universal Studio Singapore
  • dll.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi sekretariat program: Hj. Saat (019.761.9915) atau Hjh Wan Mahiran (012.360.4526).

Tempat terhad. Sila daftar segera.

Kuliah Dhuha Bersama Datuk Hassan Din Al-Hafiz

Siri kuliah dhuha kali ini akan diadakan pada hari Isnin 30hb Mei 2011 jam 9:30pagi bertempat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Penceramah jemputan adalah YBhg Datuk Hasan Din al-Hafiz. Semua muslimin dan muslimah dijemput hadir. Sekian dan sila sebarkan.

Sunday, May 22, 2011

Bantuan Bencana Rumah Anak Yatim Hidayah Hulu Langat

Sebagaimana yang telah di ketahui umum bencana tanah runtuh yang telah menimpa Rumah Anak Yatim Hidayah Hulu Langat pada 21 Mei lalu telah mengorbankan 16 mangsa. Sehubungan dengan itu pihak Jaringan ingin menganjurkan kutipan derma untuk di salurkan kepada Rumah Kebajikan tersebut. Sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai, makanan, pakaian, dan sebagainya diminta menghubungi pejabat Jaringan di talian 03.6274.9276 atau Hj Mois/019.262.2421, Hj Mior/016.232.7979 dan Hj Zul/019.386.2400

Tuan/Puan juga boleh bank-in cek ke akaun Jaringan atas nama "PERTUBUHAN JARINGAN KOMUNITI ISLAM KUALA LUMPUR" dengan nota rujukan Bantuan Bencana Rumah Anak Yatim Hidayah Hulu Langat. Nombor akaun RHB: 21232100049430. Sila faks salinan bank-in slip ke pejabat 03.6274.9663/

Picture Courtesy of Star Online

Segala bentuk bantuan yang dapat dihulurkan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah mencucuri dan merahmati kesemua roh mereka yang terkorban.

Health Alert! Car Air-Cond


Friday, May 13, 2011

Mendidik Anak Tentang Pengurusan Kewangan

WRITTEN BY YU KIN LEN   
MONDAY, 09 MAY 2011 10:57
Tidak terlalu awal untuk mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan. Kebanyakan syarikat kini menjadikan kanak-kanak seawall usia 18 bulan sebagai sasaran untuk memasarkan produk mereka. Didiklah anak anda tentang pengurusan kewangan sebelum syarikat tersebut mengajar mereka untuk berbelanja. Kanak-kanak boleh diajar untuk menyimpan duit dalam tabung walaupun sebelum mereka tahu cara untuk mengira duit.

Mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan dari usia muda dapat membimbing mereka menuju ke arah masa depan yang celik kewangan.   

Kenali tentang wang
Kebanyakan kanak-kanak tidak tahu dari mana datangnya wang. Mereka menganggap wang datang dari bank atau poket ibu bapa mereka. Oleh itu amat penting untuk memberi kefahaman kepada mereka bahawa wang bukan jatuh dari langit. Seseorang itu perlu bekerja untuk mendapatkan gaji. Dengan ini, mereka akan memahami bahawa sukar bagi ibu bapa untuk mendapatkan wang, dan mereka tidak sepatutnya membazir wang. 

Pada peringkat awal, anda perlu mengajar anak anda tentang duit kertas dan syiling. Biarkan mereka untuk cuba umembuat bayaran sendiri semasa membeli barang.
Nilai untuk wang 
Semasa membeli belah, anda boleh menunjukkan kepada anak anda produk sama dengan jenama dan harga yang berlainan. Kira produk yang mana adalah senilai dengan harganya. Terangkan kepada mereka cara untuk membandingkan harga barangan yang berlainan jenama dan di kedai yang berlainan sebelum membeli sesuatu barang. Bawa mereka ke pusat membeli belah untuk membiasakan mereka dengan harga pasaran sesuatu barang. 

Menetapkan matlamat kewangan

Ketahui benda yang anak anda hendak membeli. Bantu mereka untuk menetapkan satu matlamat kewangan benda yang mereka hendak beli sekarang (jangka masa pendek) dan juga benda yang mereka hendak beli kemudian (jangka masa panjang). Selepas menetapkan matlamat, bantu mereka untuk memikirkan cara mereka boleh mencapai matlamat mereka seperti menabung.  

Proses ini bukan sahaja dapat membantu anak anda untuk menguruskan wang mereka dengan baik, tetapi juga dapat memenuhi kepuasan mereka. Ini berlaku semasa mereka mencapai matlamat mereka dengan wang yang mereka simpan. 

Perbelanjaan

Ajar anak anda tentang kuasa pembelian mereka, iaitu berapa yang mereka miliki dan berapa yang mereka mampu untuk berbelanja. Biar mereka faham bahawa wang akan habis jika digunakan. Ajar mereka tentang konsep keperluan dan kemahuan, iaitu mereka perlu memahami dan tahu membezakan benda yang mereka betul-betul memerlukan dan benda yang mereka mahu untuk kepuasan diri. 

Ajar anak anda untuk berbelanja secara bijak dan tidak dipengaruhi oleh media. Berbincang dengan mereka dengan iklan yang mereka tengok. Bincang dengan mereka dakwaan dan gimik iklan tersebut serta benda yang sebenarnya dijualkan oleh syarikat tersebut. Contohnya, serbuk pencuci yang mengatakan baju akan menjadi putih selepas menggunakannya, sebenarnya tidak seputih dalam iklan. 

Simpanan
Berbincang dengan anak cara mereka dapat menyimpan wang dengan:
- Menyimpan sebahagian wang  daripada wang saku harian mereka
- Mengaitkan simpanan dengan benda yang mereka hendak membeli. Ini akan mendorong mereka untuk menyimpan

Tunjukkan kepada anak anda jika dia menyimpan RM1 sehari, maka pada akhir bulan dia akan mempunyai RM30. 

Berbincang dengan mereka amaun yang mereka perlu simpan daripada duit saku mereka setiap hari untuk mencapai matlamat mereka. Galakkan anak anda dengan menyimpan secara berterusan dengan menambahkan tabung mereka jika mereka menabung untuk suatu jangka masa. Pengalaman simpanan pertama yang baik akan menggalakkan anak anda untuk menyimpan lagi. 

Membantu yang lain 
Berbincang dengan anak anda tentang membantu orang lain yang bernasib malang dari segi wang, barangan atau sokongan. Ini boleh dibuat dengan membantu saudara-mara atau kawan-kawan yang memerlukan pertolongan. Berkongsi dengan mereka pengalaman seseorang yang pernah membantu anda atau yang anda pernah membantu orang lain. Anda juga boleh membaca berita tentang sesuatu kerja amal yang telah dijalankan oleh sesuatu organisasi atau seseorang.  

Melibatkan anak anda dalam kewangan keluarga
Kadang kala ibu bapa menghadapi kesukaran untuk melarang anak mereka membeli sesuatu barang. Anda hendaklah memberitahu anak anda tentang kedudukan kewangan keluarga dengan menerangkan pendapatan isi rumah dan perbelanjaan bulanan rumah (rumah, kereta, bil-bil, pendidikan). Dengan ini mereka dapat memahami situasi kewangan rumah dan tidak membazirkan duit dengan sesuka hati. Libatkan mereka dalam membuat keputusan membeli sesuatu barangan rumah seperti TV. Mereka akan berasa mereka juga salah satu ahli keluarga yang bertanggungjawab untuk menjaga kewangan keluarga. 

Yu Kin Len
Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)

Friday, May 6, 2011

Awas Dengan Penipuan Telepemasaran

WRITTEN BY MATHEEVANI MARATHANDAN   
FRIDAY, 29 APRIL 2011 09:29
Setiap hari, pasti ada pengguna yang berkemungkinan menjadi mangsa penipuan perniagaan telepemasaran. Memang tidak dapat dinafikan yang telepemasaran merupakan trend perniagaan masa kini. Industri bergantung kepada cara pemasaran yang membolehkan mereka berhubung terus kepada pelanggan mereka.
Namun, bagi pengguna pula, jika mereka bukan pengguna yang bijak, mereka akan mudah tertipu atau tidak sedar akan syarat-syarat dan caj-caj yang terselindung.

Kurang kesedaran dan taktik pemasaran yang menarik membuatkan pengguna terjerat dalam apa juga promosi telepemasaran tanpa mengetahui risiko yang akan berlaku.
Pengguna tidak tahu syarat dan terma serta terma pengecualian yang mungkin akan mengagalkan sebarang tuntutan mereka pada masa hadapan. Hanya selepas beberapa tahun apabila menghadapi masalah, baru pengguna sedar bahawa mereka tertipu.
Dalam hal ini, kebanyakan disebabkan oleh kecuaian mereka yang setuju dengan pembelian dan akhirnya telah terlambat untuk membuat perubahan.

Adakah ini disebabkan oleh sikap pengguna kerana tidak serius dengan apa jua pembelian mereka? Perlindungan sendiri adalah perlindungan terbaik. Oleh itu penggunalah yang seharusnya serius dalam apa jua penglibatan mereka dalam jual beli, contohnya pembelian insurans, kad kredit dan sebagainya.

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

Matheevani Marathandan
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)