Tajuk Kuliah: Mengenali Wanita Dulu dan Wanita Kini
Tarikh: 31hb Jan 2011 (9:30pagi-12tghari)
Tempat: Bilik Muslimah, Masjid al-Mukarramah, Bdr Sri Damansara
Wanita Dulu adalah keadaan wanita sebelum Islam dan wanita kini adalah keadaan wanita selepas Islam.
Sebelum Islam Wanita tidak ada nilai:
1. Masyarakat Yunan purba menganggap wanita sebagai pemuas nafsu kaum lelaki
2. Masyarakat China purba menganggap wanita sebagai punca bencana dan malapetaka
3. Masyarakat India purba (yang digelar Manu) menganggap didalam wanita adalah sarang syaitan
4. Masyarakat Yahudi – apabila suami mati, anak lelaki boleh memiliki emak
5. Masyarakat Nasrani mengatakan didalam wanita banyak syaitan seperti yang dikatakan oleh masyarakat India purba. Oleh sebab itu paderi-paderi kristian tidak dibenarkan berkahwin di takuti syaitan-syaitan tersebut boleh di pindahkan kepada mereka.
Selepas Islam – ada empat kategori wanita yang Nabi Muhammad SAW berusaha untuk menaikkan darjat mereka.
Kategori 1: Kehormatan Kaum Ibu – wanita yang mempunyai anak melalui perkahwinan yang mengikut syariat.
Kategori ibu ada 5 darjat/ taraf
- Ibu Kandung – taraf ibu kandung adalah tinggi dari sisi Islam
- Ibu susuan – hampir sama taraf dengan ibu kandung
- Ibu mertua
- Ibu tiri
- Ibu angkat
- Mencari wanita yang baik untuk menjadi ibu kepada anak2nya
- Memberi nama yang baik2
- Memberi didikan agama yang baik
- Tentukan jodoh yang baik untuk anak
Kategori 2: Kehormatan Isteri
- Tiada paksaan untuk menjadi isteri pada lelaki samada oleh bapa sendiri atau orang lelaki yang berhajat
- Definisi nikah bermakna lelaki tersebut menerima amanah dari Allah.
Kategori 3: Kehormatan Anak Gadis
- Mengajar anak dengan ilmu yang berguna untuk menjadi anak yang baik
- 2 jenis ilmu yang harus ada pada anak gadis – Ilmu memasak dan menjahit
- Anak2 dari bayi lagi perlu dijaga dengan baik
- Beri nama yang baik
- Menjaga pakaian (sentiasa menutup aurat)
Kategori 4: Kehormatan Wanita
- Hadis Nabi Muhammad SAW yang mengatakan apabila wanita melakukan 4 perkara akan membawanya kesyurga mengikut pintu-pintu mana yang disukainya:
- Mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu secukupnya, contohnya tidak melewatkan sembahyang selepas kering haid
- Berpuasa genap dibulan Ramadhan yakni tidak melewatkan puasa selepas keringnya haid
- Wanita yang bersuami yang taat atas perintah suaminya selagi tidak menyalahi tuntutan agama Islam
- Menjaga kehormatan dirinya – menutup aurat, tidak bersolek dan berwangian berlebihan diluar rumah
Apakah maknanya taat pada suami:
- Buat apa yang disuruh selagi suruhan tidak melanggar batas agama
- Jangan buat apa yang suami tidak suka
- Tunai apa yang diminta, contohnya jika suami minta hendak makan gulai tapi jika tiada bahan Cuma tinggal tulang lembu daging korban, jangan pula dimasak sup, jika perlu beli dikedai mamak gulai yang diminta.
Kemusykilan dari para hadirin
1. Mengambil duit suami untuk memberi sedekah:
a. Definisi harta – hak isteri milik isteri 100% (Gaji, pusaka dll), hak suami milik suami 100%, hak bersama (belanja rumah). Suami atau isteri tidak boleh mengambil harta pasangan untuk memberi sedekah atau berbelanja tanpa persetujuan.
2. Soalan mengenai tentukan jumlah anak dengan persetujuan pasangan
a. Menentukan jumlah anak adalah haram
b. Merancang dan membincang untuk mendapat anak adalah harus (contoh – kesihatan dan kewangan)
3. Mengambil secara senyap duit suami untuk perbelanjaan rumah kerana tidak mencukupi
a. Tanggungjawab material suami ada dalam surah An-Nisa ayat 34.
b. Definisi mencuri – mengambil sesuatu dari tempat tertentu yang masih dimiliki oleh seseorang sedangkan tuannya tidak tahu dan tidak redha.
Nota diambil oleh sdr Hamdan Supar. Jaringan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi.
No comments:
Post a Comment