Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Sunday, June 20, 2010

Sejarah Zionist Israel

Oleh Dr. Zainuddin Harun

Salam buat semua,

Semuga artikel ini dapat rakan2 memahami perkara2 yang berkaitan dengan Palestin dan bagaimana kita boleh merubah keadaan dan kembalikan Al_quds kepada yang hak.

Persoalan mengapa barat begitu mempertahankan Israel walaupun tindak tanduknya tidak peri kemanusiaan malah jauh dari batas kemanusian. Pertamanya Amerika Syarikat dan Britain diperintah oleh mereka yang berfahaman Protestant yang mana mereka mempercayai bahawasanya Jesus Christ akan turun selepas kerajaan Israel ditubuhkan dan mereka bersepakatan dengan Theodore Herzl pengasas fahaman Yahudi Zionist yang bersifat perkauman dan nasionalis pelampau dalam menubuhkan kerajaan Israel. Di Amerika boleh dikatakan semua presidennya menganuti fahaman protestant kecuali JF Kennedy yang ditembak mati yang berfahaman Katolik. Begitu juga didalam kitab2 lama mereka yang mengelarkan puak yang bukan Yahudi yang tinggal di bumi Baitulmuqaddis sebagai Philistine dan harus membunuh mereka ini. Oleh yang demikian setiap pembunuhan keatas orang Palestin merupakan satu amalan yang mendapat ganjaran pada fahaman mereka. Kumpulan protestant dan Zionist ini telah membakar semangat nasionalis/kebangsaan yang mana bangsa didahulukan walaupun agama menegahnya dan dengan itu orang Arab bangun memberontak terhadap kerajaan Islam Ottomaniah dari Turki dan akhirnya British menguasai tanah suci Baitulmuqaddis dan bermula era Zionist merampas sedikit demi sedikit sehingga berlaku peristiwa Nakba yang ramai orang Palestin dibunuh dan dihalau dari kampung halaman mereka. Malah Jeneral Fallaby dari British telah pergi ke kubur Salahuddin Al Ayubi di Syria dan telah berkata ‘ Wahai Salahuddin tentera Salib telah datang, kami kini telah berjaya mendapat balik Jurusalem dari kamu’. Begitu sombongnya pihak British sehingga orang yang telah mati pun dihina begitu. Malah pihak British berazam bahawa negara Kurdish tidak akan diwujudkan kerana dendam mereka kepada Salahuddin kerana berbangsa Kurdish. Wilayah Kurdish dipecahkan kepada 5 negara iaitu di Iran, Iraq, Turki, Syria dan Azerbajian. Ini diceritakan sendiri oleh aktivis Islam Ikhwan Muslimun Kurdish semasa saya berada di US.

Begitu juga dengan kerajaan AsSaud yang kini memerintah Saudi yang bersekongkol dengan seorang orientalis British yang digelar Lawrence of Arabia untuk merampas semenanjung Hijaz yang dikenali sebagai Arab Saudi sewaktu ini. Malah yang menyedihkan Syariff Hussein berketurunan Rasullullah SAW yang di beri mandat oleh kerajaan Ottomaniah untuk memelihara Masjidil Haram atau Mekah Al Mukaramah telah digulingkan. Malah AsSaud ini juga bersama dengan seorang Ulama Muhammad Bin Abdul Wahab bekerjasama dalam komplot ini dan dizaman itu Ulama-ulama yang menentang fahaman Muhammad Bin Abdul Wahab dihilangkan dan dikabarkan mereka ini dibunuh. Begitulah fahaman nasionalis yang dibawa walaupun berbeza pendapat hukumannya ialah bunuh.

Bagaimana pula mereka yang berfahaman katolik seperti Ireland, Sepanyol, Greece, Italy, German dsb. Mereka ini lebih condong simpati kepada penduduk palestin kerana dalam ajaran mereka Jews killed Jesus. Malah sebahagian mereka berpendapat Yahudi perlu disisihkan seperti mana yang dilakukan oleh Hitler kerana dalam ajaran katolik, Yahudi yang melakukan banyak kerosakan dan kemusnahan dimuka bumi ini. Malah mereka berpendapat Yahudi tidak layak diberi negara Isreal kerana penentangan mereka kepada ajaran Jesus Christ. Mereka ini sememangnya membenci orang2 Yahudi dan timbul istilah anti semetic yang khas ditujukan kepada mereka ini.

Begitu juga dengan ajaran Yahudi Orthodox yang menentang penubuhan kerajaan Israel yang ada sekarang ini kerana menurut kitab mereka seorang Messiah akan diturunkan untuk membina kerajaan Israel bukannya ada kerajaan Israel dahulu dari Messiah ini selepas 12 suku dalam Yahudi ini melalui proses diapora ataupun pengasingan/ pengusiran dari bumi palestin.

Adakah bangsa Arab menyokong perjuangan penetangan terhadap Israel ini. Setelah dipropagandakan dengan ajaran nasionalis Arab yang sempit serta kekayaan yang dijanjikan oleh barat bangsa Arab lebih rela melihat rakyat palestin disembelih dari mengambil peduli apa yang berlaku. Bagaimana pelarian palestin dinegara2 Arab yang dianggap warga kelas 2 walaupun satu bangsa dan satu bahasa tetapi layanan yang diterima amat teruk sekali dan saya pernah mendengar sendiri dari rakan palestin yang layanan bangsa Arab lain kepada orang palestin seumpama orang yang merempat. Hanya mereka yang mempunyai fikrah Islam yang syumul seperti jemaah Ikhwan Muslimun sahaja yang benar2 ikhlas untuk membebaskan bumi Al-Quds ini dari cengkaman Zionist ini. Bagaimana Ikhwan Muslimun pada tahun 1948 menghantar sukarelawan menetang Zionist di bumi Palestin tetapi apabila mereka kembali ke Mesir mereka di penjara dan dibunuh seperti yang terjadi kepada Assyahid Sheikh Hassan AlBana.

Negara Turki yang baru bebas dari cengkaman nasionalis dan mula untuk menyebarkan Islam yang sekian lama diabaikan di bumi Anatolia kini mula menyinarkan kebangkitan Islam. Mereka ingin menebuskan kembali bumi Al-Quds yang terlepas dari penguasaan mereka berabad lamanya. Pada tahun 80an pernah bertemu dengan seorang da’e, tokoh gerakan Islam yang berasal dari Turki di Amerika yang merupakan seorang Prof disalah sebuah Universiti yang mana amat kagum dengan gerakan Islam di Malaysia malah yakin yang panji2 Islam akan berkembang pesat di Malaysia. Tetapi nampaknya Turki mendahului Malaysia. Sewaktu itu saya masih awal 20an tapi saya nyatakan sekiranya Turki bangun dengan syiar Islam tiada negara yang mampu menyekatnya.

Gerakan membebaskan Al Quds adalah gerakan yang perlu bersifat international kerana hendak membebaskan fahaman nasionalis sempit yang ada sekarang ini. Gerakan ini perlu dibina dari grassroot masyarakat untuk memberi tekanan kepada pemerintah atau menukar pemerintah supaya menyokong perjuangan pembebasan Al-Quds. (Kerajaan Malaysia masih lagi tidak iktiraf kerajaan Hamas sebaliknya masih menyokong Fatah/PLO yang bersifat nasionalis dan pecah amanah dalam urus tadbir wilayah Palestin. Sila baca pertingkahan antara Balu Yaser Arafat dan PLO berhubung harta berjuta2 US$.). Pembebasan negara2 umat Islam dari fahman sempit ini perlu seperti mana yang berlaku di Turki tetapi perlulah dengan berhati-hati kerana negara2 seperti Tunisia dan Algeria walaupun dimenangi sewaktu pilihanraya oleh gerakan Islam tetapi tidak diiktiraf diperingkat antarabangsa dan akhirnya nasionalis sempit mengambil alih secara kekerasan dengan membunuh ahli2 gerakan Islam ini. Begitu juga di Mesir Ikhwan Muslimun tidak boleh bertanding atas tiketnya sendiri dan berbagai tekanan diberikan. Walau bagaimanapun kesedaran mula memancar kerana bukan Islam melihat meraka didalam gerakan Islam ialah mereka yang mempunyai sifat kemanusian yang tinggi serta beramanah dan menghormati hak2 orang bukan Islam dan berbeza dengan puak nasionalis yang lebih pentingkan kebendaan dari kemanusiaan.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment