Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Friday, October 30, 2009

Seminar Jaringan | Pengurusan Kewangan & Harta Pusaka

Tuan-tuan dan puan-puan dijemput hadir untuk mendengar taklimat berkaitan Pengurusan Kewangan dan Harta Pusaka yang akan disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Amanah Raya Berhad (ARB). Butiran seminar adalah seperti berikut:
  • Tarikh: 14hb November 2009
  • Hari: Sabtu
  • Waktu: 8:30pagi - 12:00 tengahari
  • Tempat: Dewan Muslimah Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara
  • Yuran: Percuma

Jadual seminar seperti berikut:

  • 8:30pagi: Pendaftaran
  • 9:00pagi: Taklimat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
  • 10:00pagi: Rehat (hidangan ringan)
  • 10:30pagi: Taklimat Amanah Raya Berhad (ARB)
  • 12:00tghari: Majlis Bersurai

Pihak Jaringan memohon jasa baik tuan/puan supaya dapat uar-uarkan program ini untuk menjayakan nya. Sebarang pertanyaan sila hubungi: Hj. Azam (012.2673.442) Hj. Mois (019.2622.421) Hj. Subhi (019.330.3456) atau Hj. Zul (019.386.2400).

Tolong RSVP sebelum 12hb Nov 2009.

Sunday, October 25, 2009

Briefing on the National RFID Roadmap

RFID (Radio Frequency Identification) technology has many promising applications including warehousing and distribution, supply chain management, asset and animal tracking, theft prevention and security. The technology is already in use in countries like South Korea, Japan, US and in Europe on a viable commercial basis.

RFID requires two components, a tag that is attached to an object (e.g. trade item, package and pallet) and a reader. A tag consists of a chip that contains identifying information about the object to which it is attached and an antenna to communicate that information via radio waves. A reader creates a radio frequency field that detects radio waves. When a tag passes through a radio frequency field generated by a compatible reader, the tag reflects back to the reader the identifying information about the object to which it is attached, thus identifying the object. The advent of RFID has given the companies the benefit of increased visibility in their supply chain.

GS1 Malaysia in collaboration with the Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM or Malaysian Communications and Multimedia Commission Malaysia (MCMC)) is organising a briefing on the National RFID Roadmap. The purpose of the briefing is to present the state of readiness of RFID technology in the country, why RFID technology is important and the steps the government are undertaking to build the industry’s readiness towards RFID Technology.

Date, Time & Venue

Date : November 3, 2009 (Tuesday)
Time : 9.30am – 11.00am
Venue : Dewan FMM, Wisma FMM, No. 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200, Kuala Lumpur

Programme

9.30am – 9.45am : Welcome Remark from GS1 Malaysia
9.45am – 10-45am : National RFID Roadmap Going Ahead: What’s in it for the Manufacturing Sector?
10.45am – 11.00am : Q&A
11.00am : Refreshment, Networking & End of Programme

Speaker

Mr Yow Lock Sen, Director, MyICMS, Technology & Standards Division, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Registration

Participation is Free of Charge. To participate, please fax the completed reply slip attached to 03-62761042 by October 30, 2009.

Should you have any inquiry, please contact Ms Rozilawati Hassan (r.hassan@fmm.org.my) or Ms Norbaidzuri (baidzuri@fmm.org.my) or tel: 03-62867200.

Thursday, October 22, 2009

Kisah Benar

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang."Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah."Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu" jawabnya. "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?". Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu. "Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut:
  1. Solat sunat
  2. Puasa sunat
  3. Berzikir
  4. Bersedekah
  5. Mengusap rambut anak yatim
  6. Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
  7. Membantu orang susah

Terima kasih Dr Mahmood diatas sumbangan artikel diatas. Sama-sama kita ambil iktibar dari cerita tersebut. Wassalam.

Wednesday, October 21, 2009

Bayi Istimewa




MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya. Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan. Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali. Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.

Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat. Pegawai perubatan berkata, mereka tidak dapat menjelaskan kejadian misteri itu tetapi menolak kemungkinan ditulis seseorang pada kulit kanak-kanak itu. Ibunya, Madina, berkata dia dan suaminya semakin patuh dalam melakukan suruhan agama selepas kejadian itu. Madina dan suaminya pada mulanya tidak menunjukkannya kepada sesiapa penemuan itu sehinggalah baru-baru ini apabila perkara itu didedahkan kepada doktor.

Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan. Anggota Parlimen tempatan, Akhmedpasha Amiralaev, berkata kanak-kanak itu adalah tanda kebesaran Tuhan. “Allah menghantarnya ke Dagestan dalam sebagai tanda untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negeri kami,” katanya. Menurut Madina, Ali biasanya meragam apabila kejadian aneh itu berlaku. “Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar untuk memegangnya ketika itu.“Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian. “Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu,” katanya.

Seorang imam tempatan, Abdulla, memberitahu penduduk tempatan, memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar.“Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan,” katanya. - Agensi

Friday, October 16, 2009

Bantuan Mangsa Gempa Bumi | PADANG


Klik diatas imej untuk dibesarkan. Bantuan kita amat diperlukan untuk pelbagai pembiayaan seperti makanan, perubatan, tempat tinggal, dsb. Hulurkan lah seberapa banyak yang kita mampu untuk meringankan musibah yang sedang menimpa saudara kita di Padang, Sumatera.
Biro Komunikasi
Jaringan Komuniti Islam