Pertubuhan Jaringan Komuniti Islam Kuala Lumpur atau JARINGAN ialah sebuah "NGO" yang ditubuhkan untuk mengeratkan lagi siratulrahim diantara penduduk Islam di Bandar Sri Damansara (BSD) khususnya dan penduduk dipersekitaran kawasan BSD am nya.
Announcement | Pengumuman
wibiya widget
Saturday, August 18, 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H/2012
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI DARI SEMUA BARISAN AJK JARINGAN. DAN JANGAN LUPA MENATAPI APA YANG TELAH DIPELAJARI PADA BULAN RAMADAN YANG LALU. TERUSKAN PERJUANGAN MELAWAN SYAITAN DAN NAFSU DAN BANGKIT MENJADI SATU UMMAH YANG SYUMUL DAN DISEGANI BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH.
Monday, August 6, 2012
Wednesday, August 1, 2012
Bubur Lambuk Ramadan 1433H
Semua anak qariah dan ahli JARINGAN dijemput hadir ke Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, pada hari Sabtu 4 Ogos 2012 selepas solat Asar untuk mengambil bahagian masing-masing.
Sukarelawan dialu-alukan untuk bergotong royong menyediakan bubur lambuk di kedai Hj Malek pada pagi Sabtu circa 8-9am
Thursday, July 26, 2012
Training Satria Muda
Sinopsis
Remaja di anggap sebagai agen perubahan masyarakat. Golongan ini dapat memberikan satu kelainan baru dalam merubah pola pemikiran masyarakat. Remaja yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan akan dapat memberikan pandangan dan sumbangan yang berharga kepada negara. Mereka juga perlu menunjukkan kesungguhan dan ketekunan dalam bidang akademik untuk memastikan pencapaian yang cemerlang dalam bidang yang diceburi. Ini selaras dengan saranan Tun Dr. Mahathir yang menggesa pelajar supaya menyediakan diri ke arah mencapai wawasan 2020 dengan menghindarkan diri daripada dikuasai budaya dan nilai hidup kebaratan yang tidak sesuai dengan kemajuan negara. Ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat, terutama sekali pelajar-pelajar yang seimbang dari segi perkembangan minda, jiwa, jasmani dan juga rohani.
OBJEKTIF KURSUS
Setelah menamatkan kursus para peserta diharapkan akan mampu:-
1 Melahirkan individu yang memegang teguh nilai-nilai murni yang berteraskan prinsip Rukun Negara Pertama iaitu “Kepercayaan Kepada Tuhan”.
2 Menciptakan semangat kerjasama dan berpasukan yang tinggi.
3 Mengeluarkan Kecerdasan Emotional sehingga mampu bersedia berkhidmat dengan masyarakat sekeliling dalam kehidupan sosial.
4 Mengeluarkan Kecerdasan Spiritual sehingga setiap apa yang dilakukan dengan penuh pemaknaan.
5 Mempunyai sudut pandang yang jelas tanpa sebarang belenggu yang menutupi potensi.
6 Membangun Kecerdasan Emosi mereka dengan cara berfikir / mentaliti yang teguh.
7 Menyeimbangkan antara Kecerdasan Intektual, Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual dalam aktiviti-aktiviti seharian mereka.
Sesiapa yang berminat sila hubungi Pn. Faridah (0178802379). Yuran penyertaan RM50.00 sahaja untuk program dua hari. Sasaran peserta: remaja 13-22 tahun. Tempat terhad (first come first serve).
Subscribe to:
Posts (Atom)