Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Sunday, February 17, 2013

Tahniah AJK Penganjur Program UAI_1602

Syukur..Alhamdulillah..terima kasih Allah kerana dengan limpah kurnia, keberkatan dan rahmat Mu majlis kami telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang rintangan dan insiden.

Saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada semua muslimin dan muslimah yang telah melibatkan diri bagi menjayakan program ceramah maulidul rasul pada hari Sabtu 06 Rabiul Awal 1434H bersamaan 16hb Feb 2013.

Tahniah di ucapkan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa penganjur yang terdiri daripada AJK Pertubuhan JARINGAN Komuniti Islam Kuala Lumpur dan Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Job well done!

Saya bagi pihak JARINGAN dan MAM juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia Ust Azhar Idrus dan pembantu beliau yang telah bersetuju meluangkan masa untuk bersama-sama penduduk Bandar Sri Damansara bagi menyampaikan ceramah untuk mengingati junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w. Kami sangat berbesar hati diatas kehadiran Ust bagi menjayakan majlis yang julung kali diadakan ini.

Akhir kata kami ingin mengalu-alukan sebarang cadangan dari Tuan/Puan sekalian bagi memantapkan lagi prestasi Pertubuhan pada masa akan datang.

Sekian. Wassalam.

-YDP Jaringan-

Wednesday, February 13, 2013

Maklumat Tambahan - Program Maulidul Rasul bersama Ust Azhar Idrus pada 16 Feb 2013@Masjid Al-Mukarramah, Bdr Sri Damansara

Traffic Map/Peta Trafik

Right Click on images to save a copy
Aturan Hadirin

CERAMAH MAULIDUR RASUL BERSAMA US AZHAR IDRUS

16 FEB 2013 JAM 8PM MASJID AL MUKARRAMAH BANDAR SRI DAMANSARA KL.
Hadirin sila ambil perhatian beberapa perkara berikut:
  1. Perkhidmatan shuttle akan disediakan disekeliling Bandar Sri Damansara dan pengenalan shuttle adalah banner program. 
  2. Dinasihat membawa sejadah sendiri, alas duduk, plastik untuk menyimpan kasut/selipar dan dibawa bersama hadirin. 
  3. Membawa sekurang kurang nya satu botol air utk wuduk dan bersuci. Dijangkakan akan berlaku kekurangan air kerana tekanan air rendah.
  4. Tempat duduk hadirin adalah jika kita mengadap kiblat Muslimah adalah disebelah kiri dan ditingkat atas Masjid. Muslimin pula di ruang solat utama dan disebelah kanan. Ruang tempat kereta juga digunakan untuk duduk dan solat.
  5. Tiada kenderaan dibenarkan naik ke kawasan Masjid.
  6. Tempat letak kereta dan motosikal, sila ikut arahan Polis dan RELA.
  7. Kawasan untuk Penjaja disediakan disebahagian Persiaran Kenanga.
-Ahmad Ripaai B Mat Noh | Pengerusi Program-