Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Saturday, June 22, 2013

Pondok Aur China: Ihya' Ramadhan 1434

Assalamu'alaikum wrt,

Alhamdulillah, penyertaan & sumbangan sdr/i dalam Ihya' Ramadhan tahun lepas telah menjayakan perancangan Pondok Aur China, spt dilampirkan.... Jazakallahu khairan kathira.

Sekali lagi tahun ini, Pondok Aur China akan melaksanakan program Ihya' Ramadhan - tilawah Al-Quran, bacaan Al-Ikhlas dan zikir tahlil. Program akan dipimpin oleh Tok Guru Hj Abdul Rahman @ Abdul Rahim Omar (Baba Rahim) bersama pelajar-pelajar pondok, seperti detail di bawah:-

Tempat:         Pondok Aur China, Pasir Mas, Kelantan
Tarikh:            2 - 27 Ramadhan 1434H (11 Julai – 5 Ogos 2013)
Masa:            (1) 8:15 pagi - 11:15 pagi
                       (2) 2:15 ptg - 4:15 ptg

Sdr/i dipelawa mengambil bahagian dan peluang untuk berbakti kepada arwah ahli keluarga yang telah tiada (terutamanya ibu dan ayah yang telah meninggal dunia) dengan menghadiahkan pahala tilawah al-Quran (20 kali khatam), surah al-Ikhlas (lebih 70,000 kali) dan zikir tahlil (lebih 70,000 kali). Borang penyertaan spt dilampirkan. Sumbangan boleh dimasukkan melalui akaun pondok:-

Bank Rakyat:  Nombor akaun  22-088-107928-3
Nama Akaun: Pembinaan Masjid Pondok Aur China
Nota:-
  • sumbangan RM20 bagi setiap seorang arwah
  • pendaftaran seberapa ramai arwah diterima
  • sila emailkan senarai nama arwah kepada yusoff.talib@gmail.com
  • sumbangan sdr/i akan disalurkan untuk majlis berbuka puasa di pondok, pengurusan & kebajikan pondok, pembiayaan pelajar miskin & anak yatim dan kos pengurusan bagi menjayakan program ini. 

Sebarang pertayaan sila hubungi Ustaz Mohamed Khairudi Mohamed Alwi (013-6393219) atau Yusoff Talib (013-3684294).

Thursday, April 18, 2013

Pengambilan Mei 2013 Program Professional Diploma Universiti Teknologi Malaysia untuk Warga Kerja


Assalamualaikum

Pihak kami sedang menerima permohonan untuk program Dual Anugerah UK-Malaysia Diploma untuk Warga Kerja untuk pengambilan MEI 2013.  Pihak kami ingin memohon jasabaik JARINGAN untuk memaklumkan kepada ahli-ahli yang mungkin berminat.

Untuk makluman, graduan program akan menerima dua diploma,

1) Professional Diploma in Technology Management - dianugerahkan dan dibawah kawalsetia School of Professional and Continuing Education (SPACE), Universiti Teknologi Malaysia, dan

2) Level 5 Advanced Diploma in Management - di anugerahkan oleh ATHE United Kingdom (www.atheuk.com).

Program Level 5 Diploma in Management (QCF) ini akrediatasikan oleh OFQUAL (Office of the Qualifications and Examinations Regulator) di United Kingdom.
Nombor rujukan akreditasi program ini ialah 600/4375/1 (http://register.ofqual.gov.uk/Qualification/Details/600_4375_1). Kerana program ini mengambil kira pengalaman kerja bakal pelajar, tempoh bergraduat adalah 13 bulan sahaja.

Pihak kami menyediakan beberapa laluan (pathway) yang diiktiraf MQA bagi graduan program ini, untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami.

Syarat memohon bagi program Dual Anugerah Diploma ini ialah:

-  21 tahun ke atas, SPM/SPMV dengan 1 credit &
-  Minima tiga (3) tahun pengalaman kerja, ATAU
-  Melalui proses temuduga UTM SPACE

Selain dari program di atas, pihak kami juga menawarkan program berikut:
   
-  UTeM Professional Diploma in Digital Marketing Management (KL)
-  UTM Dip. Eksekutif Pengurusan Teknologi (KL,Seremban, Melaka,JB,Penang)
-  UTM Dip. Eksekutif Kewangan Islam (Kuala Lumpur)
-  UTM Dip. Eksekutif Pengurusan Operasi & Pengeluaran (KL,Seremban,
Melaka,JB,Penang)

Untuk makluman lanjut, Tuan/Puan boleh SMSkan NAMA dan ALAMAT ke
017 237 3187 (Amil) atau hubungi kami di talian 03 7954 4010 atau emel NO TELEFON dan NAMA kepada amilhambug@skc.com.my.

Terima Kasih.

Amil Hambug
Program Coordinator

Sunday, February 17, 2013

Tahniah AJK Penganjur Program UAI_1602

Syukur..Alhamdulillah..terima kasih Allah kerana dengan limpah kurnia, keberkatan dan rahmat Mu majlis kami telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang rintangan dan insiden.

Saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada semua muslimin dan muslimah yang telah melibatkan diri bagi menjayakan program ceramah maulidul rasul pada hari Sabtu 06 Rabiul Awal 1434H bersamaan 16hb Feb 2013.

Tahniah di ucapkan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa penganjur yang terdiri daripada AJK Pertubuhan JARINGAN Komuniti Islam Kuala Lumpur dan Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Job well done!

Saya bagi pihak JARINGAN dan MAM juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia Ust Azhar Idrus dan pembantu beliau yang telah bersetuju meluangkan masa untuk bersama-sama penduduk Bandar Sri Damansara bagi menyampaikan ceramah untuk mengingati junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w. Kami sangat berbesar hati diatas kehadiran Ust bagi menjayakan majlis yang julung kali diadakan ini.

Akhir kata kami ingin mengalu-alukan sebarang cadangan dari Tuan/Puan sekalian bagi memantapkan lagi prestasi Pertubuhan pada masa akan datang.

Sekian. Wassalam.

-YDP Jaringan-

Wednesday, February 13, 2013

Maklumat Tambahan - Program Maulidul Rasul bersama Ust Azhar Idrus pada 16 Feb 2013@Masjid Al-Mukarramah, Bdr Sri Damansara

Traffic Map/Peta Trafik

Right Click on images to save a copy
Aturan Hadirin

CERAMAH MAULIDUR RASUL BERSAMA US AZHAR IDRUS

16 FEB 2013 JAM 8PM MASJID AL MUKARRAMAH BANDAR SRI DAMANSARA KL.
Hadirin sila ambil perhatian beberapa perkara berikut:
  1. Perkhidmatan shuttle akan disediakan disekeliling Bandar Sri Damansara dan pengenalan shuttle adalah banner program. 
  2. Dinasihat membawa sejadah sendiri, alas duduk, plastik untuk menyimpan kasut/selipar dan dibawa bersama hadirin. 
  3. Membawa sekurang kurang nya satu botol air utk wuduk dan bersuci. Dijangkakan akan berlaku kekurangan air kerana tekanan air rendah.
  4. Tempat duduk hadirin adalah jika kita mengadap kiblat Muslimah adalah disebelah kiri dan ditingkat atas Masjid. Muslimin pula di ruang solat utama dan disebelah kanan. Ruang tempat kereta juga digunakan untuk duduk dan solat.
  5. Tiada kenderaan dibenarkan naik ke kawasan Masjid.
  6. Tempat letak kereta dan motosikal, sila ikut arahan Polis dan RELA.
  7. Kawasan untuk Penjaja disediakan disebahagian Persiaran Kenanga.
-Ahmad Ripaai B Mat Noh | Pengerusi Program-

Wednesday, January 30, 2013

USTAZ AZHAR IDRUS@MAM | Feb 16, 2013


TAKLIMAT TERKINI KRISIS GAZA

Satu majlis untuk mengingati saudara kita di GAZA akan diadakan pada hari Khamis 31hb Januari 2013 selepas solat Maghrib di Masjid Al-Mukarramah.

Semua dijemput hadir.

-AJK JARINGAN & MAM-

M A J L I S A Q I Q A H P E R D A N A dan CERAMAH UMUM

Tetamu Khas: Syeikh Abdul Majid Abu Bakar an-Nadwi (Mudir Pondok Derang, Kedah)
Tarikh: 2 Februari 2013 (Sabtu)
Masa: 7.45 malam
Tempat: Masjid al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

-AJK MAM-

KEMPEN DERMA DARAH

Kempen Derma DARAH dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma.

SEMPENA PROGRAM AQIQAH PERDANA DAN CERAMAH UMUM

Tarikh: 02hb Februari 2013
Masa: 9:30pagi - 2:30ptg
Tempat: Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, KL

Semua muslimin dan muslimah dijemput hadir.

Saturday, January 26, 2013

Kelas Dhuha Sepanjang Tahun 2013

JADUAL PENGAJIAN DHUHA SETIAP MINGGU DI MASJID ALMUKARRAMAH BDR SRI DAMANSARA 2013
  Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
  9.30 - 11.00 pagi 9.30 - 11.00 pagi 9.30 - 11.00 pagi 10.00 - 11.00 pagi 8.00 - 11.30 pagi
Minggu Pertama U.Fauzi U.Halim Din Datin Nik Noraini Tafsir AlQur'an               Ustaz Firdaus Kelas AlQur'an              Ustaz Tirmizi
Minggu Kedua U.Fauzi U.Drs.Sapawi Che Mat U.Syed Norhisyam
Minggu Ketiga U.Hariyanto U.Halim Din Datin Nik Noraini
Minggu Keempat U.Zul Ramli U.Drs.Sapawi Che Mat U.Syed Norhisyam
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI HAJJAH WAN MAHIRAN  012-3604526 
ATAU MASJID ALMUKARRAMAH 03-62723944
ATAU WEBSITE MASJID http://www.masjidalmukarramah.org/

Thursday, January 17, 2013

Program Cuci Masjid Cuci Hati Bulan Januari 2013

Assalamualaikum w.r.t

Untuk makluman JARINGAN dengan kerjasama Masjid Al-Mukarramah (MAM) dan Cuci Masjid Community (CMC) akan melaksanakan program Cuci Masjid Cuci Hati pada hari Ahad 20hb Januari 2013 dari jam 8pagi hingga 12tghari bertempat di MAM dan Surau Meranti. Program akan bermula di MAM dan seterusnya ke Surau Meranti.

Justeru itu sesiapa yang berkelapangan masa di jemput menyertai program gotong royong ini yang akan dilaksanakan pada setiap bulan, Insyallah.

Tuan/Puan yang berminat sila bawa peralatan yang bersesuaian bagi melicinkan perjalanan program seperti water jet spray, vacuum cleaner (untuk digunakan di Surau) sabun, kain buruk, dsb.

Ringkasan Program:

  • Tarikh: Ahad 20hb Januari 2013
  • Masa: 8pagi-12tghari
  • Tempat: 8pagi@MAM & 10pagi@Surau Meranti (masa boleh berubah)
  • Lokasi khas: Bilik air dan kantin sahaja (program bulanan ini tidak meliputi semua kawasan masjid)
  • Makanan ringan disediakan.
Tarikh Program
Masjid & Surau
Nota
Ahad- 20hb. Januari 2013
Masjid Al-Mukarramah & Surau 1
Maulidur Rasul- 24hb. Januari 2013
Ahad- 24hb. Februari 2013
Masjid Al-Mukarramah & Surau 2

Ahad- 24hb. Mac 2013
Masjid Al-Mukarramah & Surau 3

Ahad – 21hb. April 2013
Masjid Al-Mukarramah & Surau 1

Ahad – 19hb. May 2013
Masjid Al-Mukarramah & Surau 2

Ahad- 16hb. Jun 2013
Masjid Al-Mukarramah & Surau 3

Ahad- 7hb. July 2013
Masjid Al-Mukarramah sahaja
1Ramadhan – 10hb. July 2013
Program Cuci Masjid Mega
Ahad- 4hb. Ogos 2013
Masjid Al-Mukarramah, Surau 1, Surau 2 & Surau 3
Hari Raya Puasa- 8hb. Ogos 2013
Ahad – 22hb. Sept. 2013
Masjid Al-Mukarramah & Surau 1

Ahad – 13hb. Oktober 2013
Masjid Al-Mukarramah & Surau 2
Hari Raya Haji – 15hb. Oktober 2013
Ahad – 24hb. November 2013
Masjid Al-Mukarramah & Surau 3
Awal Muharram – 5hb. November 2013
Ahad – 29hb. Disember 2013
Masjid Al-Mukarramah sahaja



Sebarang pertanyaan sila hubungi pengurus program En. Sahidon di talian 0196685917

See you there. Sekian. Terima Kasih.

Tuesday, January 8, 2013

Makluman: Pengambilan FEB 2013 Program Dual Anugerah Diploma UTM untuk Warga Kerja


Pihak kami sedang menerima permohonan untuk program Dual Anugerah Diploma - Professional Diploma in Technology Management dari Universiti Teknologi Malaysia untuk Warga Kerja untuk pengambilan FEBRUARI 2013.  Pihak kami ingin memohon jasabaik JARINGAN untuk memaklumkan kepada ahli, rakan-rakan & kakitangan yang mungkin berminat.

Untuk makluman, graduan program ini akan menerima dua diploma, Professional Diploma in Technology Management dari Universiti Teknologi Malaysia dan Level 5 Advanced Diploma in Management dari ATHE United Kingdom (www.atheuk.com)

Program Level 5 Advanced Diploma in Management (QCF) ini akrediatasikan oleh OFQUAL (Office of the Qualifications and Examinations Regulator) di United Kingdom. Nombor rujukan akreditasi program ini ialah 600/4375/1(http://list4.ebuzzzz.com/lt.php?c=13489&m=7555&nl=5238&s=fb3f1609ee6982ae58b65c1a167d4865&lid=77848&l=-http--register.ofqual.gov.uk/Qualification/Details/600_4375_1).
Kerana program ini mengambil kira pengalaman kerja bakal pelajar, tempoh bergraduat adalah 13 bulan sahaja.  Manakala program Professional Diploma adalah dibawah kawalsetia School of Professional and Continuing Education, Universiti Teknologi Malaysia.

Pihak kami menyediakan beberapa laluan ijazah yang diiktiraf MQA melalui pemindahan kredit.  Graduan layak untuk meneruskan pelajaran ke tahun 3 ijazah. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami.

Syarat memohon bagi program Dual Anugerah Diploma ini ialah:
  • 21 tahun ke atas, SPM/SPMV dengan 1 credit &
  • Minima tiga (3) tahun pengalaman kerja, ATAU
  • Bagi mereka yang tidak mempunyai SPM tetapi mempunyai pengalaman kerja yang luas boleh memohon melalui proses temuduga

Selain dari program di atas, pihak kami juga menawarkan program berikut:

ATHE UK
  • ATHE Level 5 Advanced Diploma in Management (Part time/Distance Learning)
  • ATHE Level 5 Advanced Certificate in Management (Part time/Distance Learning)

Universiti Teknologi Malaysia  
  • Dip. Eksekutif Pengurusan Teknologi (KL,Melaka,JB,Penang & KB)
  • Dip. Eksekutif Kewangan Islam (Kuala Lumpur)
  • Dip. Eksekutif Pengurusan Operasi & Pengeluaran (KL,Melaka,JB & Penang)

Digital Marketing Institute, Ireland
  • Professional Diploma in Digital Marketing (100% Online)

Untuk makluman lanjut,Tuan/Puan boleh SMSkan NAMA dan ALAMAT ke 017 237 3187 (Amil) atau hubungi kami di talian 03 7954 4010 atau emel NO TELEFON dan NAMA kepada amilhambug@skc.com.my.

Terima Kasih.

Amil Hambug
Program Manager
Specialist Knowledge Centre Sdn. Bhd.
No.26-4 Jalan 14/22, Petaling Jaya,
46100 Selangor.
Tel: 03 7954 4010 (Hunting) Fax: 03 7954 4130


p.s. Hubungi kami jika anda seorang pemegang diploma atau diploma eksekutif dengan pengalaman kerja yang ingin melanjutkan pelajaran ke program accredited UK Postgraduate Diploma in Strategic Management.