Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Friday, September 24, 2010

Aku, Lim dan Islam

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.

Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.
Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

“Assalamualaikum” ....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

'(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah! hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.' (ar-Raad : 28).

Sumber: http://en-gb.facebook.com/AbdullahdariJeramPasu
(Terima kasih Dr. Zainuddin for sharing this article)

Wednesday, September 22, 2010

Sistem pendidikan sedang dicabul. Malap masa depan anak Melayu!

Oleh ExPet

Petang tadi saya berkesempatan minum dan makan roti canai dengan beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru. Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah lulus (passing mark) untuk subjek Sains dan Matematik yang diubah-ubah untuk mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor hampir setiap tahun.

Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang seperti mendapat "A" di dalam semua subjek di dalam peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan pengiraan. Bayangkan, pelajar yang mendapat semua "A" dalam UPSR dinasihatkan keluar dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan keputusan UPSR mereka.

Menurut kawan-kawan guru ini, projek "menolong Melayu" (kononnya) ini bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek Sains dan Matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini. Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus (passing mark) dilakukan hanya sebagai 'quick fix' sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan dan kementerian pendidikan. Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat "A" di dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25% sahaja.

Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka.

Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun. Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis dan membaca. Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lepas, mereka senang untuk meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka. Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang tahun tiba-tiba mendapat "A" di dalam UPSR.

Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah. Saya tidak tahu samada polis juga bersubahat kerana kertas peperiksaan ini disimpan di balai polis.

Mampus lah kita macam ni...

Sumber: http://expet.blogspot.com/2010/09/sistem-pendidikan-sedang-dicabul-malap.html

Monday, September 20, 2010

Majlis Motivasi & Solat Hajat Pelajar Cemerlang PMR & SPM 2010/1431

Tuan/Puan dijemput hadir bagi menjayakan majlis ini.

Tarikh: Khamis 23hb. September 2010
Tempat: Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara

ATURCARA

5.00 petang - Ketibaan pakar-pakar motivasi, pelajar-pelajar PMR & SPM dan kariah
5.10 petang - Kata Aluan Nazir Masjid Al-Mukarramah, Shiekh Ahmad Nawawi bin Ghazalli
5.20 petang - Tazkirah dan motivasi oleh Al-Padil Ustaz Subhi Al-Hafiz
6.00 petang - Motivasi Pelajar Cemerlang PMR & SPM oleh Pakar Motivasi Ustaz Haji Sobri Rani
7.00 malam - Jamuan ringan
7.11 malam - Azan dan Solat Magrib berjemaah
7.30 malam - Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran, Selawat, Tahlil dan Doa
8.16 malam - Azan dan Solat Isyak berjemaah
8.40 malam - Solat sunat hajat berjemaah dan doa
9.15 malam - Jamuan makan malam

Anjuran bersama
Pertubuhan Jaringan Komuniti Islam Kuala Lumpur dan
Masjid Al Mukarramah Bandar Sri Damansara

Dengan kerjasama
PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1 dan
PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 2

Tuesday, September 7, 2010

Bantahan Iklan Aidilfitri 2010 TV3

Sejak kemunculan iklan aidilfitri 2010 TV3 bermacam reaksi telah timbul dari pelbagai lapisan masyarakat Islam.

Pihak kami juga telah mendapat beberapa panggilan dari ahli Jaringan yang kurang senang dengan iklan tersebut yang mempunyai ciri-ciri perayaan ugama lain.

Walaupun sudah di tarik balik penyiaran nya disini ingin kami merakamkan bantahan terhadap penayangan iklan ini yang kurang sensitif terhadap penganut Islam di negara ini. Kami berharap dimasa akan datang pihak pengurusan TV3 akan lebih berhati-hati didalam memaparkan iklan-iklan atau program-program yang boleh mencetuskan kemarahan orang-orang Islam.

Pengerusi
Biro Komunikasi & Penerangan
Pertubuhan Jaringan Komuniti Islam Kuala Lumpur

Thursday, September 2, 2010

Drawing Invitation for Children of Malaysia

Dear Children of Malaysia (via The Parents of Malaysia),

Viva Palestina Malaysia will be sending its volunteers to join Land Convoy 5 this 18th of September. Apart from bringing Humanitarian Aid, VPM would also want to bring 20 drawings by the Malaysian children in the convoy. These drawings will be posted on the walls in Gaza for public viewing.
...
We pray that the drawings from Children of Malaysia will inspire and give hope to the Children of Gaza.

Requirements:
  1. Theme : My Friends in Gaza

  2. Age : 3 to 12 years old

  3. Size : A4 paper size ONLY

  4. Dateline : 8th September 2010

  5. Entry Limit : 3 drawings per child

If you are between 3 - 12 years old, and want to send in your drawings, please send them to the address below by 8th of September 2010:
    Viva Palestina Malaysia
    6, Lorong SS1/24A
    Kg Tunku
    Petaling Jaya
    Selangor Darul Ehsan
    Malaysia
Kindly put your name and age at the back of the drawing.

* All drawings will be uploaded to VPM site for public viewing.