Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Thursday, October 25, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA 1433H

Kami ingin mengambil kesempatan pada hari yang diberkati Allah ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat apa-apa kekurangan dan kesilapan yang telah berlaku semasa kami memegang amanah sebagai AJK Jaringan.

Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan dari ahli Jaringan untuk memperkasakan lagi usaha kita untuk memantapkan perjalanan menuju destinasi yang di redhai Allah. Perbanyakan usaha untuk mempertingkatkan iman, takwa dan akhlak.

Sekian. Selamat Menyambut Aidil-Adha 1433H.

Tuesday, October 16, 2012

Notis Kelas Dhuha

Salam.

Semua muslimin dan muslimah dijemput hadir bagi menjayakan program.

Penceramah: Ust. Haslin Baharin
Topik: Perihal Akhlak
Tarikh: 20 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa: 10 pagi
Tempat: Dewan Muslimah, Masjid Al-Mukarramah, Bdr Sri Damansara, KL

Tolong uar-uarkan. Terima Kasih.

Monday, October 15, 2012

Forum: Syiah: Agama Atau Mazhab?

Semua muslimin dan muslimah di jemput hadir bagi menjayakan program ini.

Tajuk: Syiah | Agama atau mazahab?
Tarikh: Sabtu 20hb Oktober 2012
Masa: Selepas solat Maghrib
Tempat: Masjid Al-Mukarramah (MAM), Bandar Sri Damansara, KL
Anjuran: Remaja MAM bersama Pertubuhan Jaringan Komuniti Islam Kuala Lumpur

Ahli Panel: Ust. Dr. Abdul Aziz Bin Hanafi (Tokoh Maal Hijrah 2011 dan Ahli Majlis Fatwa Kedah) dan Ust Nasim Bin Abd Rauf (Darul Khauthar)

Moderator: Ust Adli Bin Mohd Saad (Yayasan Ta'lim)
Broadcast Partner: ISMA TV