Announcement | Pengumuman

Perhatian..SUDAH KAH TUAN/PUAN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN UNTUK TAHUN INI 2012-2013?

wibiya widget

Friday, May 28, 2010

Teks Khutbah Jumaat Sempena Misi Lifeline4Gaza

Teks khutbah sempena Misi Lifeline 4 Gaza untuk menerobos tembok kematian.

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Khatib mengajak semua pada hari Jumaat yang mulia ini untuk mempertingkatkan hubungan dengan Allah SWT., dengan muhasabah diri dan menghisab diri sendiri apakah kita telah memenuhi tuntutan untuk bertaqwa kepada Allah. Takwa itu bukan sekadar kata-kata tetapi tergambar pada perbuatan dan perkataan. Sebagaimana yang digambarkan oleh Umar al-Khattab, ”Takwa itu adalah ibarat engkau berjalan di satu jalan yang penuh dengan onak dan duri.” Bagaimanakah caranya seorang itu berjalan di atas jalan yang penuh dengan ancaman yang boleh mencederakan seseorang? Pastilah beliau akan berjalan dengan penuh hati-hati agar tidak terpijak duri sehingga boleh melukakan dan mencelakakan dirinya. Inilah gambaran orang yang bertaqwa. Sikap hati-hatinya di dalam hidup di dalam menjaga batas-batas halal dan haram apa yang disuruh dan apa yang ditegah oleh Allah menjadikan kehidupannya sejahtera di dunia dan apatah lagi di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Saat ini ratusan manusia dari puluhan negara sedang menggabungkan usaha mereka di dalam satu inisiatif yang dinamakan ’Lifeline 4 Gaza’ dengan objektif untuk menerobos tembok kematian ’Jaridul Maut’ yang dipasang oleh Zionis Israel yang telah mendatangkan penderitaan yang tidak terperikan kepada penduduk Gaza sejak empat tahun yang lalu. Khatib ingin membawa ingatan para jamaah sekelian kepada satu peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan para sahabatnya di Mekah yang mirip dengan apa yang berlaku kini di Gaza. Sekiranya kita membandingkan peristiwa sekatan dan kepungan Israel ke atas Gaza dengan peristiwa sekatan ekonomi ke atas Rasulullah SAW dan Bani Hashim di Shi’ib (lembah) Abu Talib maka kita akan dapati sejarah telah berulang. Oleh kerana sejarah adalah satu ’sunnah’ iaitu peristiwa yang berlaku atas hukum sebab dan musababnya, maka kesudahan kepada kepungan di atas Gaza ini juga boleh dijangka. ”Dan kamu tidak akan dapati perubahan pada sunnah Allah’. ”Berjalanlah kamu di atas muka bumi dan saksikanlah apakah kesudahannya orang-orang yang melampaui batas. Demikianlah kami ceritakan kepada manusia, menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang yang bertaqwa. Oleh itu kamu jangan merasa rendah dan merasa sedih kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman.” (Al-Imran 137 – 139).

Ketika pemuka-pemuka Quraish menghadapi jalan buntu kerana tidak satupun helah dan makar yang mereka rencanakan untuk menghentikan dakwah Rasulullah SAW berjaya, timbul lah perancangan untuk mengenakan tekanan kepada Rasulullah SAW dan komuniti mukminin yang minoriti dengan menggunakan senjata ekonomi. Fitnah, serangan peribadi, tuduhan liar, adu domba malah penyeksaan fizikal tidak sedikitpun melemahkan jiwa umat Islam. Mereka semakin yakin dan teguh mempertahankan iman mereka. Begitu juga dalam konteks Zionis Israel pada hari ini yang menggunakan pelbagai strategi termasuklah dasar pecah dan perentah, melaga-lagakan kumpulan penentang dari kalangan rakyat Palestin, menggunakan pengaruhnya ke atas Amerika Syarikat, tekanan PBB dan masyarakat antarabangsa ke atas rakyat Palestin bahkan membunuh tokoh-tokoh pejuang Islam seperti Syeikh Ahmad Yassin as-Syahid dan Dr Abdul Aziz Rantisi as-Syahid tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Saf perjuangan rakyat Palestin semakin mantap dan sokongan kepada gerakan Islam semakin padu. Apabila pilihanraya umum diadakan di Palestin buat pertama kalinya untuk memilih ahli-ahli legislatif (parlimen) mereka memberikan kemenangan selesa kepada kelompok pejuang Islam yang tidak akan bertolak ansur sedikitpun dalam soal kedudukan Masjid al-Aqsa, kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin, hak pelarian Palestin untuk pulang ke tanah air dan kampung halaman serta negara Palestin yang dirampas secara tidak sah oleh pendatang Yahudi. Maka kita dapati regim Zionis Israel telah menggunakan pendekatan yang serupa dengan orang-orang Quraish untuk melemahkan umat Islam.

Umat islam pimpinan Rasulullah SAW semakin kuat dari sehari kesehari. Tekanan yang dikenakan tidak berbekas, sebaliknya umat Islam semakin kuat dengan masuk Islamnya Hamzah bin Abdul Mutalib dan Umar al-Khattab. Sebahagian umat Islam yang berhijrah ke Habsyah pula mendapat perlindungan dan simpati dari Raja Najasyi. Ini menyebabkan pemimpin Quraish telah sepakat untuk melaksanakn boikot total ke atas Rasulullah SAW dan keluarganya dari Banu Hashim dan seluruh komuniti muslim. Pengistiharan ini telah ditulis oleh Mansur bin Akromah dan diluluskan oleh Dewan Agung Quraish. Mulai saat itu tidak ada siapapun di kalangan penduduk Mekah yang dibenarkan untuk berurus niaga dan berkahwin dengan Banu Hasyim. Juga musuh-musuh Rasulullah SAW dan umat Islam akan disokong oleh orang-orang Quraish tanpa kecuali. Kita melihat persamaan ini pada tindak balas Israel ketika mereka terpukul dengan kemenangan gerakan Islam HAMAS dalam pilihanraya umum di Palestin meskipun pemimpin-pemimpin umat Islam berjaya mereka bunuh dan puluhan ribu rakyat Palestin dipenjarakan. Dengan memperkuda kuasa dunia, Israel mendesak Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah dan PBB melalui inisiatif yang dinamakan ’Quartet Timur Tengah’ telah mengenakan tekanan ke atas Palestin supaya mengiktiraf Israel, menghentikan penentangan dan bersedia untuk berdamai dengan pihak musuh yang telah merampas hak dan tanah air mereka. Jawapan dari rakyat Palestin sudah dijangka iaitu menolajk semua tuntutan yang menghinakan itu. Maka sama seperti tindakan Quraish, rejim Zionis Israel mengenakan sekatan ekonomi yang komprehensif dan menutup semua laluan dan pintu masuk ke Gaza pada tahun 2007. Sebagaimana Shi’ib Abi Talib pada zaman Rasulullah menjadi penjara begitu jugalah Gaza yang berukuran lebih sedikit dari 400 km persegi bertukar menjadi penjara terbesar di dunia. Bermula dari tahun 2007 sehingga kini, Gaza merupakan penjara terbuka (open air prison) untuk sekitar 1.5 juta rakyat Palestin.

Penderitaan rakyat Gaza tidak mungkin tergambar dengan kata-kata. Bekalan makanan terpaksa dicatu dan bekalan ubat-ubatan terputus sama sekali. Hampir 80% dari kanak-kanak Gaza mengalami malnutrition atau kekurangan zat makanan. Kita dimaklumkan dalam keadaan terputus bekalan makanan ada keluarga yang mengutip rumput dijalanan dan direbus untuk meredakan tangisan anak-anak yang pedih perut kerana kelaparan. Dalam keadaan terkepung dan tidak mendapat perlindungan mereka diserang pula secara bertalu-talu dengan sangat biadap pada awal tahun 2009 sehingga membunuh sekitar 1,500 orang rakyat awam. Rumah-rumah, masjid, pejabat kerajaan, hospital, sekolah, universiti, kilang bahkan pejabat PBB menjadi sasaran bedilan tentera Israel. Walaupun sudah setahun lebih serangan biadap tersebut berlaku namun sehingga kini mereka tidak berdaya untuk membaik pulih dan membina semula bangunan yang runtuh kerana tidak ada bahan binaan yang dibenarkan masuk ke Gaza.

Senario ini menyamai apa yang dilalui oleh Rasulullah SAW di Shi’ib Abi Talib. Oleh kerana terputus bekalan makanan maka umat Islam hanya memakan sebiji kurma atau separuh biji kurma sehari. Adakalanya mereka tidak punya sebarang makanan untuk mengalas perut yang kelaparan. Seperti yang diceritakan oleh Saad bin Abi Waqash. ”Pada satu hari aku keluar ke lembah dan aku terjumpa kulit unta yang telah kering. Lalu aku bakar dan racik, selepas itu aku rendam dalam air dan itulah makanan aku untuk selama tiga hari.”

Tangisan kanak-kanak yang kelaparan di malam hari telah menimbulkan simpati yang mendalam di kalangan orang-orang Quraish yang masih lembut hatinya. Di kalangan mereka seperti Hakim bin Hizam, Abul Ash bin Rabi’ dan Hisyam bin Umar. Mereka seringkali memunggah unta mereka dengan bekalan makanan dan membawa unta-unta tersebut ke lembah Shi’ib Abi Talib dengan harapan bekalan tersebut sampai ke tangan umat Islam. Namun kawalan ketat yang dibuat oleh peronda Quraish seringkali menggagalkan usaha ini. Sering juga mereka bertembung dengan Abu Jahal sehingga mencetuskan perbalahan di antara mereka. Semakin lama simpati di kalangan orang-orang Quraish semakin mendalam dan akhirnya menjadi gelombang protes yang tidak dapat dibendung oleh orang-orang yang berkeras untuk meneruskan boikot. Mereka bertanya sesama sendiri ”wajarkah tuan makan makanan yang terbaik sementara kerabat tuan dalam kebuluran dan tidak berpakaian.” Sebahagian yang lain pula berkata ’Jika saya bersendirian maka saya tidak berupaya untuk menghadapi Quraish, tetapi jika orang yang bergabung dengan saya maka saya tidak teragak-agak untuk mengoyak penjanjian sekatan di kaabah.”. Bergabunglah beberapa orang Quraish di antara mereka Hisyam bin Umayr, Zuhair bin Abi Umayah, Mut’am bin Adi, Abul Bakhtari dan Zam’ah. Mereka berlima mengistiharkan pembatalan perjanjian sekatan dengan sokongan ramai orang-orang Quraish yang lain sehingga tidak dapat dibantah oleh Abu Jahal. Mereka berhasrat untuk mengoyakkan surat perjanjian tersebut tetapi mendapatinya telahpun dimakan anai-anai kecuali pada ayat yang tertulis ’Dengan Nama Allah”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Hari ini penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sejak sekian lama telah mula membina simpati masyarakat antarabangsa. Sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan mereka merasai apa yang dirasai oleh orang-orang Quraish ketika Rasulullah SAW dan umat Islam dikepung di Shi’ib Abi Talib. Hari ini hampir 700 orang sedang berkampung Antalia, Turki untuk menaiki kapal yang akan membawa mereka masuk menerobos tembok kematian Gaza. Mereka datang dari lebih 40 negara samada muslim atau bukan muslim dengan satu tujuan untuk membuka sekatan kejam yang dideritai oleh rakyat Gaza. Sebagaimana Hakim bin Hizam mereka membawa makanan, ubat-ubatan, alat-alat tulis dan persekolahan, alat-alat sukan dan permainan, gen-set, peralatan perubatan dan bahan-bahan binaan di atas sembilan buah kapal yang akan belayar ataupun sudah berlepas ke Gaza. Sebagaimana Abu Bakhtari dan orang-orang Quraish yang lain mereka datang dengan satu message yang tegas bahawa mereka tidak redha dengan kezaliman yang ditimpakan ke atas sauadar-saudara kita di Gaza dan tidak ada suatupun yang akan menghalang mereka untuk menghentikan sekatan itu. Sebagaimana yang disebut oleh ketua delegasi sukarelawan Malaysia seramai 11 orang yang akan bersama misi kemanusiaan Lifeline 4 Gaza di atas kapal Mavi Marmara iaitu ’Mereka tetap akan sampai ke Gaza meskipun harus berenang ke sana’. Meskipun Israel mengumumkan pelbagai bentuk ancaman termasuklah memaksa kapal-kapal itu mendarat di Israel di mana sebuah penjara besar disediakan di Ashkalon untuk memenjarakan kesemua sukarelawan yang menyertai misi ini, ketua penganjur Lifelne 4 Gaza dari IHH Turki menegaskan bahawa ’Pelan A ialah kami akan memasuki Gaza, Pelan B kami akan memasuki Gaza dan Pelan C kami akan memasuki Gaza’.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah. Yakinlah bahawa perjuangan untuk pembebasan bumi Palestin, Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa akan diterajui sendiri oleh Allah SWT. Allah SWT akan menggerakkan jundi-jundi (tentera-tenteranya) untuk menghadapi musuh-musuh Allah dan umat Islam. Allah SWT akan menggerakkan dhamir umat manusia meskipun mereka dari kalangan bukan muslim untuk bersama mendukong misi yang mulia ini. Bahkan mereka bersama dengan saudara-saudara muslim di dalam misi berbahaya ini tidak gentar untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuklah diserang secara ketenteraan oleh pihak Israel. Bagi saudara-saudara kita yang menyertai misi ini mereka sudah tekad untuk mewakafkan jiwa mereka untuk memenangkan Islam. Bagi mereka syahid adalah sesuatu yang mereka dambakan. Semuga Allah menguatkan hati mereka dan hati kita semua kepada Islam dan perjuangannya. Semuga Allah memenangkan Islam dan menjayakan misi ini. Bagi kita yang menyaksikan peristiwa penting ini dari jauh marilah kita hayati amanat sahabat-sahabat yang kini sedang berdepan dengan musuh Allah dan Rasulnya di lautan samudera luas terbentang

“Sebagaimana kita sedia maklum terdapat pelbagai kemungkinan pengakhiran misi ini dan Allah jua yang maha mengetahui. Pohon doa pengakhiran yang terbaik bagi misi dan ahli-ahlinya serta semua yang ditinggalkan. Pengakhiran terbaik bagi pejuang tidak syak lagi adalah pengakhiran syahid.”

“Doakan kami, sahabat-sahabatku yang diredhai Allah untuk yang terbaik kepada misi ini dan juga saudara-saudara kita di Palestin. Semoga kita akan bertemu di tempat yang terbaik di akhirat nanti. Kepada Allah kita berserah.”

“Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat, mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”

“Jangan biarkan darah yang gugur di bumi Al-Aqsa menjadi hujah menentang kita di hadapan Allah atas kelalaian, kemalasan dan kejumudan amalan-amalan kita.”

“Ya Allah! Bantulah kami”

وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا

4:75 "Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa: ""Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!""."

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Kita diperingatkan oleh Allah SWT di dalam al quran

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

9:71 "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Sabda Rasulullah SAW:

“Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Sesungguhnya membantu saudara seislam yang diserang, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuhnya adalah merupakan satu tuntutan ukhuwah. Tuntutan ukhuwah di Dalam Islam tidak mengenal batas-batas Negara, bangsa dan keturunan. Selama mana seseorng itu mengucap kalimah syahadah maka dia ada saudara dalam Islam yang wajib dibela dan dipertahankan. Jika dia disakiti dan dianiaya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk merawat, menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan kesakitan tersebut dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas dirinya. Ini adalah kerana Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:

“Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Atas rasa tanggungjawab dan prihatin yang amat mendalam terhadap kezaliman yang sedang berlaku ke atas umat Islam, khatib mengsyorkan beberapa tindakan praktikal yang boleh dilakukan oleh umat Islam.

Pertama, khatib menyeru umat Islam supaya bermunajat kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh agar Allah mengeluarkan kita dari keadaan yang lemah ini dan mengampuni kealpaan selama ini. Seterusnya kita memohon kepada Allah agar memberi kekuatan kepada seluruh umat Islam supaya bangkit dari kelemahan ini untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam. Seterusnya secara khusus kita memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan ke atas umat Islam di Palestin ke atas musuh-musuh zionis yahudi.

Kedua, khatib mengsyorkan agar setiap kariah dan kawasan mngadakan solat hajatperdana memohon kepada Allah agar saudara-saudara yang menyertai misi Lifeline 4 gaza dan saudara kita di Palestin diselamatkan dari kejahatan musuh-musuh zionis dan memenangkan mereka dengan ‘karamah’ dari Allah SWT. Kita yakin golongan yang dizalimi dan teraniaya pasti didengari doa mereka dan akan mendapat pertolongan Allah SWT.

Ketiga khatib mengsyorkan agar umat Islam tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada suadara-saudaranya di Palestin. Ini bersesuaian dengan anjuran Allah SWT agar umat Islam berjihad dengan harta dan jiwa raga mereka. Firman Allah SWT dari surah as Saff

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١)

“Wahai orang yang beriman. Sukakah kamu diberitahu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari seksa api neraka iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya, dan berjihad pada jalannya dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu. Itulah yang baik bagi kamu jika kamu mengetahui.

Akhirnya khatib ingin mengingatkan umat Islam bahawa kezaliman dan penganiayaan itu menimpa bumi yang diberkati, bumi para Nabi, bumi Isra’ dan mikraj dan bumi di mana terletak masjid al Aqsa yang dimuliakan Allah SWT di samping masjid al Haram dan masjid a-Nabawi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

Disediakan oleh
Dr Hafidzi Mohd Noor
PACE (Palestine Centre of Excellence)

Tuesday, May 25, 2010

Warning From Bank Negara

Bank ATM's Converted to Steal IDs of Bank Customers.

A team of organized criminals are installing equipment on legitimate bank ATM's in at least 2 regions to steal both the ATM card number and the PIN. The team sits nearby in a car receiving the information transmitted wirelessly over weekends and evenings from equipment they install on the front of the ATM (see photos). If you see an attachment like this, do not use the ATM and report it immediately to the bank using the phone on the front of the ATM.

The equipment used to capture your ATM card number and PIN are cleverly disguised to look like normal ATM equipment. A 'skimmer' is mounted to the front of the normal ATM card slot that reads the ATM card number and transmits it to the criminals sitting in a nearby car.

At the same time, a wireless camera is disguised to look like a leaflet holder and is mounted in a position to view ATM PIN entries.

The thieves copy the cards and use the PIN numbers to withdraw thousands from many accounts in a very short time directly from the bank ATM.

This is true incident happened in KK, so be careful. Please give wide publicity!




Friday, May 21, 2010

1st ARA Residents Meeting

DEAR FELLOW RESIDENTS OF “ARA” SECTOR, BANDAR SRI DAMANSARA

Further to the initiative of a few concerned Residents of the ARA sector, 2 MEETINGS were convened on Wednesday and Thursday, 28th & 29th April 2010 to discuss about SECURITY, NEIGHBOURHOOD and COMMUNITY issues affecting ARA sector, which thus far have not been formally organized and we need to do so urgently and address these pressing issues.

1.0 The concerned Residents present unanimously agreed that a 1st ARA RESIDENTS MEETING be organized to look into the welfare of the ARA residents.
2.0 A PRO-TEM COMMITTEE was therefore set up to organize this 1st ARA RESIDENTS MEETING at 3.00pm, SUNDAY, 23rd MAY 2010 at SRI DAMANSARA CLUB
3.0 We are inviting all residents staying in the ARA sector which covers the LAGENDA, MASTIARA, NASTURA & OPHELIA designs to participate.
4.0 The AGENDA for the 1ST ARA RESIDENTS MEETING is listed on page 2.
5.0 Your kind attendance is very much appreciated to not only create a SAFER, BETTER & CLOSER ARA NEIGHBOURHOOD but also to create HIGHER VALUES FOR ALL OUR PROPERTIES IN ARA!!!
6.0 This circular is being distributed by Representatives from the Pro-Tem Committee. They will explain further on the importance of getting ourselves organized for the benefit of our family and community.

Thank You very much & we look forward to seeing you at 3.00pm, Sunday, 23rd May 2010. Light refreshments will be served.

“SATU ARAH UNTUK ARA ”
Yours Sincerely,

Mr Cheah Wing Choong
Pro-Tem Committee Chairman
30th April 2010

For logistics planning purposes, kindly confirm your attendance by sending a sms to any of following pro-tem committee members. Just key in your NAME & ADDRESS (Eg- Cheah, 52 SD7/3D).
Mr Cheah (012-2823809) En Afifi (012-2362424) Mr Nathan (017-8787784) Ms Audrey (012-2077123) Pn Hayati (012-3929608) Ms Joanne (012-3282878) Ms Susan Cheah (012-2060922)

1ST ARA RESIDENTS MEETING
(Light Refreshments provided)

VENUE SRI DAMANSARA CLUB
DATE SUNDAY, 23RD MAY 2010
TIME 3.00PM

AGENDA

1.0 Registration
2.0 Introduction by Pro-Tem Chairman
3.0 Introduction by Bandar Sri Damansara Residents Association (“BSDRA”) representative
4.0 Overview & Discussion on Issues affecting ARA Sector
1) Security
2) Neighbourhood
3) Community
5.0 To discuss & confirm participation of Residents in LAGENDA, MASTIARA, NASTURA & OPHELIA
6.0 Appointment of Office Bearers & Representatives for “ARA RESIDENTS ASSOCIATION”
7.0 Any Other Matters
8.0 Refreshments

Thursday, May 20, 2010

Technopreneur Innovation Open Day

Dear Technopreneurs,

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) in collaboration with MSC Malaysia is organizing a series of Technopreneur & Innovation Open Day for the year 2010.

Technopreneurs and incubatees who are looking for coaching & counseling support to start or grow their businesses will have the opportunity to seek assistance from the experts of the following area:

• Business Planning;
• Business Opportunities
• Market linkage
• Intellectual Property Right

In addition, Technopreneurs & incubatees could also be assisted by relevant Government & Private Financier in addressing their financial requirements and how to enhance chances of securing the funds. This is a networking platform which serves as ‘one-to-one’ advisory session for technopreneurs & incubatees to understand relevant Financial Products & Services, Market Opportunities, Legal & IP Rights and seeks clarifications on challenges & issues pertaining to their business.

Details of the programs as follows:

Date: 25 May 2010 (Tuesday)
Time: 11:00 am - 5:00 pm
Venue: Resource Centre, Technology Park Malaysia

Please find attached file for more information.

Monday, May 17, 2010

"Samurai sword brothers nabbed for wayside robberies"


Dear Residents,

Attached is an article from the Malay Mail dated 13 May 2010 "Samurai sword brothers nabbed for wayside robberies" at Persiaran Cempaka, Bandar Sri Damansara.

Please be aware and more careful.

Robbery Alert!

Dear Residents,

Please take note and aware that there were three house break-ins last week as follows:

1) Jalan Ara SD7/1A
2) Jalan Ara SD7/1E
3) Jalan Damar SD15 (bungalow unit)

Please be more alert and look out for suspicious looking characters/vehicles in your area. Call the police immediately and alert your area security guards.

Balai Polis Bandar Sri Damansara - 03.6272.0400

Dialogue Session with OCPD of Petaling Jaya

Extended Invitation from BSDRA.

Dear Residents,

There will be a dialogue session with YDH Assistant Commisioner Arjunaidi Bin Mohamed, OCPD of Petaling Jaya and the residents of Bandar Sri Damansara as follows:

Date: 22 May 2010 (Saturday)
Time: 2.00 p.m. - 4.30 p.m.
Venue: Kiara Room, Sri Damansara Club, Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara

Program
2.00 p.m. Arrival/Registration of Residents
2.30 p.m. Welcome Address by Mr. Ravindran Raman Kutty, President of Bandar Sri Damansara Residents Association
3.00 p.m. Address by YDH Assistant Commisioner Arjunaidi Bin Mohamed, OCPD of Petaling Jaya
3.30 p.m. Tea Break
4.00 p.m. Dialogue session
4.30 p.m. End

All Jaringan members are invited.

Tuesday, May 11, 2010

Cerpen | Nota Hati Seorang Lelaki

Oleh: Pahrol Mohd Juoi

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh beli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak)dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

"Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?

Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Sahabat sekelian,

Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua. Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.

Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. Lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. Beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DrHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.

Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oleh Dr Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika hujah itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.

HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , Hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.

Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, airmata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.

Wallahu A'lam.

Baca, hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab... Bahagia dunia akhirat...

Wednesday, May 5, 2010

Matahari Terbit Dari Barat

GS1 Mobile Commerce Briefing

GS1 Malaysia is organizing a FREE briefing about GS1 Mobile Commerce on May 27th, 2010 which can offer a new way to market your products.

Mobile phone (hand phone) have already changed the way we live, work and communicate. Now, they also poised to change the way we shop. Many mobile phones today can scan bar codes, read RFID tags and access internet. By pointing and clicking at a product or magazine, the mobile phones can bring information linked to a product directly to the consumer – which in turn brings the consumer closer to the product and its brand. Brand owners are already recognising that there are many ways to use mobile phones to offer consumers a richer shopping experience and more engaging services. In Japan, consumers are already accessing product information via their hand phones.

Find out more at this briefing!

9:30am - Registration
10:00am - What is Mobile Commerce?
10:30am - Benefits of Mobile Commerce
11:00am - Tea Break
11:20am - Case Studies and Applications
12noon - Question and Answer (Q&A)
12:30pm - End of Program

For more information about the briefing, please find attached brochure.

You may print the form, fill out and fax back to us or you can email us your registration.

As we have limited space, this briefing will be on first come first serve basis, so please register early if you are interested.

If you need more information or cannot open the attach file, please contact me or Cik Rosilah.

Regards,
Ms Liew Wai Mei
GS1 Malaysia
Tel: 03-62867200 Fax: 03-62761042
www.gs1my.org

World Halal Research Summit 2010